15 Januari 2010

RINTIHAN YANG MEMILUKAN



1. Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang Telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

(Surah al-Isra: 1)


Begitu siginifikannya Masjid Aqsa kepada umat Islam sehingga ia turut disebut di dalam Al-Qur’an. Tempat suci ini menjadi rebutan antara 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Bagi kita yang bergelar muslim, sememangnya kewajipan mempertahankan kiblat pertama kita tidak boleh dinafikan lagi. Bumi berkat ini bersempadan dengan negara Lubnan di seblah utara, Jordan di sebelah timur, Syria di sebelah timur laut, and Mesir di sebelah selatan.


Tanah Palestin dipercayai antara kawasan terawal yang didiami oleh manusia pada zaman dahulu malah Jericho merupakan bandar tertua di dunia iaitu semenjak 8000 tahun sebelum Masihi.


Namun, bumi bertuah ini senantiasa dirundung malang akibat penjajahan oleh Israel yang ber’bapa’kan Amerika Syarikat. Puak fahaman Zionis yang terdapat dalam agama Yahudi tidak pernah kenal erti putus-asa untuk menghancurkan umat Islam selumat-lumatnya.


Pada 29 November 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang memisahkan Palestin kepada 2 negara iaitu 54% tanah kepada Yahudi (penduduk haram) manakala 45% kepada Arab dan 1% lagi kawasan Jerusalem sebagai kawasan antarabangsa. Resolusi ini jelas melanggar hak penduduk asal di situ dan memberi kelebihan kepada orang Yahudi untuk datang menetap di Palestin. Zionis mengsiytiharkan penubuhan Negara haram Israel pada malam 14 Mei 1948 apabila telah mengalahkan tentera Arab. Apa yang berlaku, Yahudi telah menawan 77% tanah Palestin dan menghalau 800 000 penduduk asal di situ.


Bukankah ini suatu tindakan yang amat kejam dan zalim..? PBB pun angguk dan patuh sahaja atas semua kehendak Israel malah menerima keanggotaan mereka sebagai ahli baru PBB. Sehingga ke saat ini impian Yahudi Zionis untuk menakluk sepenuhnya tanah Palestin tidak pernah padam. Mereka akan berbuat apa sahaja yang penting cita-cita untuk memiliki Masjid Aqsa untuk dijadikan Haikal Sulaiman menurut kepercayaan agama mereka mesti dicapai.

Palestin kini pula terbahagi kepada dua wilayah pemerintahan iaitu Gaza yang diperintah Harakatul Muqawwamatul Islamiah (HAMAS) manakala Tebing Barat yang dikuasai Palestinian Liberation Organization (PLO). PLO ini diiktiraf oleh PBB dan negara kuffar kerana sikapnya agak liberal dan pro barat manakala HAMAS tak diiktiraf kerana ia merupakan gerakan Islam yang sememangnya tegas pendiriannya terhadap negara haram Israel.


Yang peliknya, walaupun HAMAS telah memenangi pilihanraya atas nama demokrasi yang dilaungkan pihak Barat tetapi mereka tetap tak diiktiraf sebagai kerajaan yang sah dipilih rakyat. Inilah sikap sebenar Barat kononnya merekalah pejuang yang melaungkan kesamarataan, hak asasi, demokrasi dan bermacam lagi slogan menyedapkan telinga namun hakikatnya mereka tetap ingin meneruskan api permusuhan dengan Islam. Presiden Amerika Syarikat sudah bersilih ganti namun masalah Palestin tetap masih belum dirungkai dengan sepenuhnya.


Tiap kali tiba musim kempen pilihanraya maka sibuklah pemimpin itu menjanjikan ‘perubahan’ (change) yang memang menawan hati tapi apabila sudah berkuasa apa yang dibuat..? Tetap sama tindakan mereka ; “sami’na wa atoq’na/ kami dengar dan kami patuh kepada Israel”. Janji-janji manis dan indah untuk ‘reform’ sebelum ini tak ubah seperti kata pepatah “menanam tebu di tepi bibir”.


Hanya pandai berjanji, tapi tak tahu untuk menunaikannya. Itulah yang berlaku seperti kita lihat pada Barack Hussein Obama. Sehingga kini mereka tetap bersikap prejudis terhadap HAMAS yang membawa suara majoriti rakyat Palestin, janji untuk menutup Kem Guantanamo Bay masih belum terlaksana, tentera A.S yang masih berkeliaran di Afghanistan dan Iraq seperti tak tahu jalan pulang ke negara asal.


Mengenang kembali peristiwa serangan Israel terhadap penduduk Gaza pada awal subuh 27 Disember 2008. Perang selama 22 hari ini menggunakan segala kelengkapan perang yang canggih seperti helicopter Apache, bom kimia, kereta kebal, jet pejuang dan bermacam lagi. Serangan ini bermatlamatkan untuk menawan sepenuhnya Semenanjung Gaza dan sekaligus melumpuhkan pemerintahan HAMAS. Pelbagai kekejaman terhadap penduduk yang tidak berdosa termasuklah bayi,kanak-kanak,orang tua dan wanita semua menjadi mangsa kerakusan Yahudi Zionis.


Tindakan ganas ini sememangnya bercanggah dengan segala bentuk undang-undang antarabangsa, hak asasi kemanusiaan, dan merupakan jenayah perang yang besar. Masih saya ingat ketika kejadiaan ini berlaku, seluruh umat Islam di dunia bangkit membantah tindakan kejam ini dengan mengadakan demonstrasi dan pada masa yang sama menghulurkan bantuan seperti kewangan dan barang keperluan untuk disalurkan kepada mangsa.

Yang menyedihkan lagi Pertubuhan Negara Islam (OIC) amat lembap dalam soal ini. Saya merasakan pertubuhan ini tak lebih sekadar nama dan kerjanya bersidang di hotel mewah sahaja. Sehingga kini apa tindakan kongkrit yang telah dilakukan oleh OIC ni..? Tak ubah seperti kata-kata; Oh, I see..


Tentera Zionis dengan sokongan ‘bapa’ mereka,A.S terus melakukan penyeksaan kepada 1.4 juta penduduk di Gaza. Bumi Gaza kini boleh diibaratkan seperti penjara terbesar di dunia ini apabila penduduk ini dikepung oleh tembok batu yang besar dibina oleh Israel manakala negara ‘Islam’ Mesir pimpinan Housni Mubarak pula lagi hebat dengan membina tembok besi menyekat segala terowong bawah tanah di sempadan negara tersebut.


Bukan mereka tak tahu, terowong itulah digunakan untuk menyalurkan bantuan makanan,minuman, dan keperluan lain tetapi oleh kerana pemimpin negara tersebut bersikap seperti “lembu dicucuk hidung” maka mereka pun taat kepada ‘kawan karib’ iaitu Israel. Sehingga kini, semua jalan udara, air dan darat disekat sepenuhnya, bekalan air dan elektrik turut diputuskan untuk menambahkan lagi azab kesengsaraan penduduk Gaza. Tindakan kejam Israel yang melayan penduduk Gaza seperti binatang ini takkan lah kita sekadar melihatnya sahaja..?

Ada juga suara-suara nakal yang kedengaran “buat apa kita nak sibuk hal Palestin, sedangkan masalah negara ni pun banyak..”. Saya rasa orang yang berpandangan sebegini terlupa dengan suatu hadis Nabi yang menyebut “barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal umat Islam, matinya dalam jahilliah.” Bukankah penduduk Palestin itu saudara seakidah kita? Bukan orang Melayu Malaysia sahaja agama Islam.


Pemikiran yang sebeginilah disukai oleh Barat kerana umat Islam leka dengan hal duniawi seperti budaya hedonism sehingga lupa akan nasib yang menimpa Muslim yang lain. Inilah juga antara sebab sistem khilafah Islam diruntuhkan agar kekuatan umat Islam dihancurkan melalui persempadanan antara sesama negara Islam.


Haruslah diingat bahawa tujuan utama serangan Zionis ini ada tiga;

Ø Menghancurkan seluruh infrastruktur serta persenjataan yang dimiliki HAMAS

Ø Menghapuskan dan membunuh semua kepimpinan tertinggi HAMAS

Ø Mengembalikan pemerintahan di Gaza kepada pergerakan Fatah(PLO)


Namun, dengan izin Allah kesemua matlamat ini gagal dicapai oleh mereka setelah menggempur setiap inci bumu Gaza. Kekejaman Zionis ini didedahkan sendiri oleh “Laporan Goldstone” yang menggariskan jenayah perang yang dilakukan Zionis. Laporan setebal 526 halaman itu merupakan hasil siasatan ke atas perang 22 hari di Semenanjung Gaza. Ia telah merumuskan bahawa serangan rejim Israel ini pada namanya menyasarkan ke atas HAMAS, tetapi hakikatnya ia menyerang seluruh penduduk awam Gaza dan laporan ini mengesyorkan agar pihak Zionis ini di bawa ke Mahkamah Antarabangsa atas pertuduhan jenayah perang.

Begitu juga yang dilaporkan oleh lembaga kemanusiaan dunia iaitu Amnesti Internasional dan Oxfam yang menggariskan bahawa dunia antarbangsa telah mengkhianati penduduk Gaza kerana gagal mencegah sehala tindakan kejam Israel. Lembaga pertubuhan Human Rights Watch juga sepakat mengatakan pemimpin Zionis sememangnya terlibat dalam jenayah perang di Gaza.

Inilah kisah pilu yang dihadapi oleh setiap insan di bumi Palestin, mereka menjadi pelarian di tanah air sendiri. Dalam kita bersuka-ria, makan dengan aneka juadah, membeli-belah barang-barang berjenama, melancong ke sana-sini, dan hidup aman-damai, namun sebaliknya yang menimpa saudara seakidah kita di bumi yang diberkati Allah.

Mereka hidup dalam keadaan susah-payah,makanan yang tidak mengcukupi, sumber minuman yang tidak bersih, elektrik dan sistem perhubungan yang terputus, nyawa yang boleh diibaratkan seperti di hujung tanduk, pada bila-bila masa sahaja boleh Israel datang menyerang.


Inilah yang berlaku kepada mereka. Amat besar tanggungjawab kita semua yang bergelar Muslim tak kira di ceruk-mana untuk berusaha menolong mereka. Kita sememangnya sedar yang kita masih belum berani untuk mengangkat senjata berjihad fisabilillah, jadi apa salahnya kita meringankan tangan menghulurkan bantuan kewangan dan pada masa yang sama menadah tangan kepada Allah agar membantu sahabat-sahabat kita di Palestin. Moga mereka dicekalkan hati untuk menempuh ujian dan keperitan hidup seharian.

Memetik kata-kata Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Masyaal di Syria baru-baru ini dalam pertemuan beliau dengan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat, Doktor Syed Azman Syed Ahmad.;


“Walaupun kami sedang dikepung oleh tentera Zionis Israel di segenap sudut dan menghadapi ujian yang amat getir, namun kami amat yakin dengan janji-janji Allah terhadap mereka yang berjuang serta membela bumi suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa.


Di akhir ucapan beliau turut berpesan kepada penduduk Malaysia;


“Doakan kejayaan kami agar kami sentiasa bersabar menghadapi ujian besar ini. Dengan izin Allah kita akan sama-sama bertemu di Masjid Al-Aqsa untuk bermunajat di hadapan Yang Maha Agung.”



Bersamalah kita mengambil pengiktibaran dari kisah pilu ini dan sedarkan kepada rakan-rakan kita yang masih leka dalam dunia masing-masing hingga terlupa nasib malang yang menimpa umat Islam Palestin buat sekian lamanya. Moga Allah memberikan kemenangan kepada mereka dan menghancurkan Zionis Israel yang kejam itu.Amiin...


Biarlah gambar-gambar ini yang berbicara tentang apa yang dirasai oleh saudara kita...


Hanya tangisan yg menjadi teman


Apakah masa depan adik ni masih cerah..?



Si ayah memikirkan tentang nasib anaknya..

Kelihatan si ibu termenung sambil memangku anaknya yang masih kecil di hadapan runtuhan rumahnya..Di mana mereka nak tinggal..?

Rujukan;

- Artikel “Dunia masih meminggirkan rintihan Gaza” ditulis oleh Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat, Doktor Syed Azman Syed Ahmad.

- Buku berjudul “Basic Facts on the Palestinian Issue” ditulis oleh Associate Professor of Palestinian Studies, Dr Mohsen Mohammad Saleh

1 ulasan:

Hapi berkata...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....