25 Julai 2008

Muqaddimah



Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.Alhamdulillah,syukur atas kekuasaan Allah dapatlah saya menyiapkan blog ini secara rasminya.Bak kata pepatah"Hendak 1000 daya,tak hendak 1000 dalih".Pada awalnya,saya tidak langsung menanam azam dalam diri kerana lebih berminat untuk menjadi pengunjung setia blog pilihan di hati.Allah Maha Agung kerana jikalau Dia ingin memberi hidayah mahupun ilham buat hambaNya bukanlah susah malah dalam sekelip mata.Ketika selesai solat isyak di Masjid Kolej Islam Malaya di tempat pengajian saya jumaat baru ini,dengan tidak semena-mena timbul hasrat di hati untuk membuat blog.Berkebetulan pula ketika berjalan keluar dari masjid,saya terserempak dengan seorang sahabat bernama Faris yang memang berkebolehan dalam bidang komputer ni.Jadi,apalagi saya pun meminta perstujuan daripada dia untuk mengajar saya membuat blog.Pada malam itu juga dapat disiapkan secara asasnya blog ini.Cuti sabtu ahad ini saya pun ambillah peluang untuk membuat 'final touch'nya sebelum dibuat pengisytiharan rasmi.Cukup setakat ini sahaja untuk penulisan kali pertama ini.Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada 'cikgu' faris dan beberapa sahabat lain yang telah menjadi pencetus idea kepada saya untuk membuat blog ini.Jumpa lagi,akan datang..!