22 Disember 2008

Cerita lama..


Akhirnya,berpeluang juga untuk menyiapkan posting kali ini.Tidak ada yang gempak hanya sekadar perkongsian pengalaman ketika cuti Aidiladha lepas.(agak basi lah cerita yang dah lama)
Sambutan Aidiladha kali ini sudah menjadi kebiasaan orang Melayu tidaklah semeriah mana kalau hendak dibandingkan dengan Hari Raya Aidilfitri.Bahkan boleh diiibaratkan me
m'balas dendam' setelah berpuasa 1 bulan, raya pun hendak sebulan.Yang anehnya apa falsafah di sebalik pensyariatan puasa Ramadhan dan sambutan Aidilfitri tidak pula diambilkira sangat.

Berbalik kembali kepada cerita Raya Haji atau nama lainnya Raya Qurban disambut seperti biasa dengan beramai-ramai menunaikan Solat Sunat Aidiladha di
masjid pada pagi 10 Zulhijjah.Khutbah yang disampaikan agak menarik dan agak 'panas' telinga bagi orang-orang tertentu lebih-lebih lagi bila Tok Khatib secara terang menyebut:
"Alangkah malangnya kita hari ini kerana masih enggan berhukum dengan Hukum Allah dan lebih rela mengguna
kan Hukum jahilliah ciptaan manusia yang terdapat di dalamnya kecacatan..!".

Pada pandangan peribadi saya ada benarnya kenyataan tersebut kerana sehingga ke hari ini terbukti undang-undang ciptaan manusia GAGAL menyelesaikan konflik jenayah,keruntuhan akhlak,kemerosotan ekonomi dan banyak lagi.Sudah tentu tidak lain tidak bukan ia berpunca kerana undang-undang tersebut tidak sesempurna yang telah disyariatkan oleh Allah seperti di dalam
Al-Quran.Teringat saya kata-kata seorang ulama' besar negara kita yang berkata:
"Allah sebagai 'engineer' yang menciptakan manusia sudah tentu tahu di mana kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri kita.Manusia sebagai makhluk yang dicipta perlulah akur dengan kehendak Yang Maha Pencipta."


Namun,hakikat yang berlaku tidak kiralah di mana jua betapa ramai dalam kalangan umat Islam yang mengaku Muslim tetapi enggan mengambil ISLAM itu sebagai Ad-Deen iaitu CARA HIDUP secara keSELURUHan sedangkan salah satu ciri khusus Islam ialah Syumul(lengkap dalam semua aspek termasuk Politik,Ekonomi dan Sosial).Benarlah Sabda Nabi:
"Akan tiba 1 ketika nanti umat Islam itu ramai tetapi ibarat buih di lautan ."
Terlupakah kita akan Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Tidak aku ciptakan jin da
n manusia melainkan untuk beribadah kepadaku."
Terlupakah kita hanyalah 'hamba' di sisi Allah yang WAJIB untuk patuh kepada perintahnya.
Amatlah malang apabila kita sering terlupa amanah yang diberikan oleh Allah seb
agai khalifah di muka bumi ini dengan cara "Menegakkan agama dan Mentadbir dunia dengannya".

Cuba kita lihat senario dalam kalangan masyarakat umat Islam di negara kita hari ini siapakah yang menjadi 'JUARA' keseluruhan dalam semua perkara yang negatif seperti gejala penagihan dadah,zina,buang anak,meremp
it,minum arak,berjudi dan banyak lagi..?Bila ditanya kepada mereka yang melakukannya adakan anda Muslim? pasti tanpa segan-silu mereka berkata "Saya Muslim".
Inilah akibat yang berlaku apabila Islam itu diambil secara mengikut selera nafsu sendiri dan menggangap ia nya tidak boleh dicampuradukkan dalam kehidupan seharian iaitu fahaman Sekularisme yang sudah lama membarah dalam masyarakat kita.Islam itu pada pandangan mereka hanyalah Solat,Puasa,Zakat,Haji,Beraya,Nikah-kahwin, dan terdapat pula 'Had' dan 'Hari'nya tidak lebih dari itu.Adakah benar fahaman sebegini..?Sama-sama kita fikirkan...


Di sini saya kongsikan bersama gambar yang diambil ketika ibadah Qurban 5 ekor lembu dilakukan di kampung.






'Sentuhan terakhir' kepada lembu oleh mereka yang melakukan ibadah Qurban.Tak terbayang perasaan saya kalau diminta menjadi tukang sembelih.

















Tumbang juga akhirnya...siap untuk dilapah pula
















Terharu melihat suasana muafakat bersama yang ditunjukkan oleh penduduk kampung dalam menyiapkan tugas yang diberikan..
(saya hanya jadi penonton setia je,hehe)
















'sedia menanti'..daging yang telah dibungkus ini akan diagihkan kepada seluruh penduduk kampung.












Catatan: Nantikan posting akan datang kita akan bercerita tentang 'masuk hutan'..

19 Disember 2008

Salam Takziah

Sedang khusyuk melayari internet pagi jumaat ini saya mendapat khabar berita dukacita melalui sms dari sahabat lama,Saiful Bahri yang juga merupakan pelajar CFS Nilai memaklumkan yang ayahandanya pulang ke rahmatullah .Sesamalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa moga roh ayahnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh.Amiin.


Nota:Maaf,sejak kebelakangan ini saya agak sibuk dengan pelbagai tugas jadi masih belum berkesempatan untuk mengemaskini blog ni.Lebih-lebih lagi exam mid sem yang bakal menjelma.

05 Disember 2008

Salam Eid ul Adha


Sukacitanya di sini ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidiladha buat semua yang sudi berkunjung ke blog ini.Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada Sirah Nabi bagaimana keTAATan Nabi Ibrahim A.S dalam melaksanakan perintah Allah untuk mengorbankan 'harta' yang paling disayangi baginda iaitu Nabi Ismail A.S.Begitulah jua dengan ketinggian peribadi Nabi Ismail A.S sanggup menerima dengan rela hati suruhan Allah.Sebagai ganjaran kepada kemuliaan sifat yang ditunjukkan oleh kedua-dua Nabi ini maka Allah gantikan ia dengan haiwan Kibas.

Intipati daripada kisah yang penuh bermakna dalam sejarah umat Islam ini bahawa ketaatan kepada perintah Allah itu mendahului segala kepentingan yang lain .Marilah sama kita menjadikan ketinggian sifat pengorbanan yang ditunjukkan dalam kisah benar ini dapat dizahirkan secara praktikal dalam kehidupan seharian kita...Wallahua'lam