05 Disember 2008

Salam Eid ul Adha


Sukacitanya di sini ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidiladha buat semua yang sudi berkunjung ke blog ini.Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada Sirah Nabi bagaimana keTAATan Nabi Ibrahim A.S dalam melaksanakan perintah Allah untuk mengorbankan 'harta' yang paling disayangi baginda iaitu Nabi Ismail A.S.Begitulah jua dengan ketinggian peribadi Nabi Ismail A.S sanggup menerima dengan rela hati suruhan Allah.Sebagai ganjaran kepada kemuliaan sifat yang ditunjukkan oleh kedua-dua Nabi ini maka Allah gantikan ia dengan haiwan Kibas.

Intipati daripada kisah yang penuh bermakna dalam sejarah umat Islam ini bahawa ketaatan kepada perintah Allah itu mendahului segala kepentingan yang lain .Marilah sama kita menjadikan ketinggian sifat pengorbanan yang ditunjukkan dalam kisah benar ini dapat dizahirkan secara praktikal dalam kehidupan seharian kita...Wallahua'lam

Tiada ulasan: