09 September 2009

Mari Bercerita 1



Begitu cepat masa berlalu..Sedar tak sedar kita sudah pun menempuh lebih daripada separuh perjalanan dalam ‘madrasah Ramadhan’ ni.Kini kita akan melangkah pula ke fasa terakhir iaitu 'pembebasan daripada api neraka".

Bak kata Ustaz Hasrizal dalam blog Saiful Islam nya; “kita kini berada dalam pusingan kedua dalam bulan Ramadhan yang mana diibaratkan seperti perlawanan bolasepak,ia merupakan pusingan penentu dalam merebut ‘piala TAKWA’.”Pusingan yang agak kritikal ini menentukan samada kita berjaya atau gagal menewaskan ‘team nafsu’. Andai kita gagal,maka tercapailah impian besar team nafsu yang sememangnya tidak menginginkan kita merangkul ‘piala TAKWA’.


Izinkan saya mencoret sedikit kisah menyambut Ramadhan buat kali pertama saya berada di Kampus UIA Gombak.Seminggu sebelum ia tiba,bahangnya sudah terasa apabila tiap kali melalui simpang berdekatan Male Sport Complex terdapat ‘countdown’ mengira hari menjelang Ramadhan.


Namun,sudah menjadi kebiasaan pada 1 Ramadhan setiap tahun saya akan berbuka puasa dengan keluarga di kampung terlebih dahulu.Pada hari Ahad 23 Ogos baru kembali semula ke kampus.Buat kali pertama berterawih pada malam itu di Sultan Haji Ahmad Shah Mosque.Huh,agak terkejut juga sebelum melangkah masuk ke dalam masjid kelihatan sungguh meriah sekali lampu berwarna-warni berkerlipan di sekitar kawasan masjid sampaikan pokok-pokok pun dihiasi lampu.


Maaf,tak dapat nak tunjuk gambar yang lebih cantik dan jelas sebab kamera handphone murah ni tak mampu merakamnya . (mungkin kena pinjam kamera handphone daripada sahabat ‘setinggi menara’ di CFS Nilai tu kot..hehe)


Ramai juga yang datang berjemaah malam itu,adalah lebih kurang 20saf muslimin.Bagi muslimat pula , mereka bersolat di tingkat atas.


Kalau mengikut kebiasaan di masjid dan surau serata tempat di Malaysia akan ada bacaan selawat oleh bilal dan disambut oleh para makmum setiap kali selepas 2 rakaat tetapi mungkin oleh kerana pada nama universiti ini ada perkataan ‘international’ maka masjid ini pun sama seperti di negara Arab.

Imam akan terus sahaja bangun untuk 2 rakaat seterusnya selepas sahaja salam tanpa laungan selawat yang biasa kita dengar di kampung.


Semua imam pun berasal daripada negara luar dengan pelbagai cara bacaan. Saya rasa mereka semua ini Al-Hafiz sebab setiap malam bacaan dalam solat terawih mengikut juzuk dan mereka membacanya dengan lancar tanpa meletakkan Al-Quran di hadapan.


Berkenaan iftar pula,nampaknya Ramadhan kali ini saya tak serajin seperti di CFS dulu untuk pergi iftar percuma di masjid. Antara faktor penyebabnya,jarak yang agak jauh untuk menapakkan kaki berbanding jarak Mahallah UKC 1 dengan Masjid Kolej Islam Malaya PJ.

Jadi,Ramadhan kali ini saya lebih kerap berbuka puasa dengan sahabat di kafe Mahallah Ali yang terkenal dengan pelbagai aneka juadah yang menyelerakan berpadanan dengan harga yang dibayar.

Adakala,kalau dah terlewat sangat saya berbuka sahaja di bilik dengan ber'teman’kan kerusi dan meja study.


Suasana ketika sahur tidak kurang meriahnya.Semua kafe mahallah beroperasi sehingga ke pagi. Kalau dah jemu untuk makan makanan Malaysia,bolehlah pula mencuba makanan Arab yang turut dijual. Antara penangan bulan Ramadhan ini,surau yang sudah lama ke’sunyi’an di waktu subuh kini penuh pada setiap pagi diikuti dengan bacaan Al-quran.


Itulah hebatnya bulan ini kerana semua orang berlumba-lumba untuk meningkatkan amal-ibadah cuma.Diharapkan kita semua ini tidaklah memilih bulan tertentu sahaja untuk beribadah bahkan pada setiap masa dan ketika kerana itulah tanggungjawab kita sebagai hamba yang dicipta oleh Allah.


Sungguhpun sudah terdapat biah yang baik dapat dilihat sepanjang Ramadhan ini,tidak kurang juga masih terdapat pemandangan yang menyakitkan mata dan hati yang melihat.

Seperti contoh tatkala orang sibuk berkejar ke masjid untuk solat berjemaah,bertarawih dan bertadarus masih ada segelintir insan yang sibuk bergurau-senda dengan couple masing-masing di kafe.

Moga-moga Allah bukakan pintu hati mereka ini untuk sedar dan kembali ke jalan ‘siratul mustaqim’ yang sering kita mohon setiap kali solat.



Antara usaha yang dilakukan oleh pihak Maaruf Club untuk menyelesaikan masalah ini.Banner yang ada dipasang sekarang ini adalah bersempena dengan Campus Dakwah Project (CamPro).

(Kelihatan tertera perkataan “IIUM is an Islamic Territory. -No Dating- Allah is watching us.”)

Pihak pentadbiran juga sepatutnya mengambil-berat tentang isu ini yang melibatkan imej sebuah universiti Islam.


Jikalau pihak keselamatan boleh setiap pagi dan petang adakan roadblock untuk memastikan semua penunggang dan pembonceng motosikal mematuhi arahan memakai topi keledar maka apalah salahnya kalau usaha bersepadu turut dibuat untuk mencegah kegiatan maksiat dan pemakaian yang tidak menutup aurat

(bukan sahaja pelajar perempuan tidak menutup aurat dengan sempurna bahkan pelajar lelaki juga bebas memakai seluar pendek di sekitar kawasan kampus).







Ni antara iftar yang ter'baik' dapat dihadiri.Berbuka dengan sate..Bestnye... (Banyaknye sahabat kita tu makan..hehe)















Hah,ni pula acara beratur mengambil bubur lambur percuma anjuran MRC Faruq..Syukran2

(Bro,pilihlah mana yg berkenan utk dibawa balik bilik, yang penting jangan ambik semua sudah..)
















Hah.ni gambar paling best..!Pose manja daripada kucing kesayangan di rumah.Bukan nak sangat letak kat blog ni tapi mengenangkan 'impian' mereka bertiga ni yang merayu agar dimasukkan posing istimewa...Haha

(Pesanan; kucing ini tidak boleh dijadikan hidangan berbuka tau)



Sekian,sahaja catatan kisah kali ni..Jumpa lagi dalam siri ke2..!

Tiada ulasan: