12 September 2008

University of Ramadhan; Let us discover it.

Alhamdulillah,sedar tak sedar kita baru sahaja melangkah ke dalam fasa 2 Ramadhan Al-Mubarak ini.Bagaimana dengan prestasi amal ibadah kita setelah mengharungi 11 hari puasa yang telah berlalu?Biarlah persoalan ini sama-sama kita fikirkan.Memetik kata-kata seorang ulama-"puasa ini mendidik dan mengajar kita supaya menjadi manusia yang sebenar-benarnya bersifat manusia iaitu makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna dilengkapkan dengan akal fikiran yang membezakan kita dengan makhluk lain."Akal inilah yang perlu dipandu selaras dengan kehendakNYA supaya dapat mengawal hawa nafsu yang sering mendorong kita melakukan kejahatan.
Di samping itu,puasa juga mendidik kita menjadi manusia yang penyabar dan bersyukur kepada Penciptanya.Di siang hari berpuasa kita diuji dengan lapar,dahaga,penat serta mengantuk.Untuk menghadapi ujian ini tidak dapat tidak kita mesti melengkapkan diri dengan keimanan yang teguh serta sabar dan tabah menghadapinya.Sebagai hamba Allah kita mesti sentiasa meningkatkan rasa syukur kepadaNYA atas limpahan nikmat yang dikurnia yang sentiasa berterusan walaupun adakala kita telah melanggar laranganNYA.Firman Allah:
"Dan jika sekiranya kamu mahu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya" (Surah Ibrahim:ayat 34)
Sedarkah bahawa situasi dan kedudukan kita hari ini lebih bernasib baik kerana dapat me'raya'kan kedatangan Ramadhan ini dengan penuh kesenangan dan kemudahan berbanding dengan saudara seakidah kita yang berada di setiap pelusuk dunia ini yang terus ditindas oleh puak kafir.Lihatlah nasib umat Islam di Palestin,Iraq,Afghanistan,Chechnya,SelatanThai,Filipina dan banyak lagi yang mana mereka menyambut Ramadhan dalam suasana peperangan,kelaparan,penderitaan,kesengsaraan.Kalau kita hari ini berpuasa dengan siraman air hujan yang turun mencurah-curah tapi mereka dihujani dengan peluru dan bom..!!Nyawa mereka menjadi taruhan oleh mereka yang sentiasa bencikan Islam.
Sebagai rumusannya,untuk menghadapi segala macam jenis ujian ini kita perlulah bergantung sepenuhnya kepada Al-Quran yang memang sudah confirm boleh menjadi 'bahtera' penyelamat kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat.Kita perlu menjana kesedaran dalam masyarakat bahawa Al-Quran itu letaknya bukan sahaja di rak/almari surau,masjid atau rumah kita mahupun sekadar dibaca,dilagukan,dihafaz dan dipertandingkan tetapi yang lebih utama ialah ia perlu 'HIDUP" dalam setiap jiwa yang bergelar muslim.Di situlah kita boleh mengambil petunjuk daripadaNYA,menyuluh jalan perjalanan kehidupan kita dengan cahaya yang terkandung di dalamnya untuk menempuh tiap liku-liku yang mendatang.
Penutup kalam,bersamalah kita merebut peluang yang diberikan oleh Allah dalam kesempatan Ramadhan ini dengan menghidupkan ibadah dengan sifat Islam yang syumul itu.Berdoa dan bermunajatlah kepada Ilahi memohon keampunan dariNYA atas keterlanjuran dosa yang telah merimbun kita lakukan selama ini.Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
"3 golongan manusia yang tidak ditolak akan doa mereka ialah pemimpin yang adil(menegakkan syariat Islam),orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan orang yang dizalimi".
Selamat meneruskan eksplorasi dan pengembaraan dalam Ramadhan ini..

1 ulasan:

DAN berkata...

salam ramadhan...

moga ramadhan kali ini membawa 1001 keberkatan.