20 Februari 2009

Hingga Ke Penghujungnya...



UIA..? Itulah destinasi pilihan hati untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah selepas tamat pembelajaran di SMKA TAHAP selama 5tahun(2002-2006).Masih segar dalam ingatan saya ketika dalam perjalanan ke Majlis Makan Malam Penghargaan Ketua Pelajar di Hotel Dynasty,KL pada September 2006 kami berkesempatan untuk melawat UIA Gombak. Sungguhpun,lawatan itu serba ringkas sahaja namun ia memberi kesan mendalam dalam halatuju hidup saya.Ketika menjejakkan kali pertama ke situ,terdetik dalam hati saya “suatu hari nanti ,aku mesti menjadi mahasiswa UIA”.

Namun,apakan daya saya setelah mendapat result SPM yang serba ‘biasa’ sahaja,peluang untuk masuk ke UIA agak tipis.Permohonan saya melalui UPU Kementerian Pengajian Tinggi gagal walaupun daripada 8pilihan yang dibuat,7 daripadanya saya memilih asasi UIA. Dengan hati yang redha,saya pun mendafarkan diri ke Kolej Matrikulasi Pahang pada Jun 2007 untuk program 2 tahun.Masih ingat,kami bertiga dari TAHAP-Saya,Shafie dan Kamalrul bersepakat untuk memulakan ‘hidup baru’ di situ.Dalam masa yang sama,saya menghantar surat rayuan ke UIA PJ,manalah tahu andaikata masih ada rezeki ke situ manakala Kamalrul merayu untuk masuk ke IPG.

Setelah genap sebulan di KMPh,Alhamdulillah doa saya untuk belajar di UIA dimakbulkan.Saya mendapat tawaran ke program asasi kejuruteraan bagi kemasukan kedua dan perlu mendaftar pada hari Rabu,18 Julai 2007.Berkebetulan pula,Shafie juga mendapat tawaran yang sama maka kami pun meninggalkan bumi KMPh pada hari yang sama.Tak lama selepas itu,Kamalrul pula mendapat tawaran pengajian di IPG,Kuala Terengganu.Perancangan untuk “hidup baru” di KMPh tidak dapat kami relialisasikan.

************************************************************

Begitulah cebisan sejarah awal sebelum saya dapat melangkah masuk ke Pusat Asasi UIA PJ.Mungkin ada yang berkata,kenapa perlu diulang kisah-kisah lama ? Bukankah ada kata-kata bijak pandai mengatakan "Orang yang tidak mendalami sejarah ialah orang yang lupa asal-usulnya".Mungkin benar sesetengah pendapat mengatakan sejarah itu membosankan,masih ingat waktu di sekolah dulu antara 'pil ramuan mujarab' untuk melenakan mata yang masih belum mengantuk ialah: Buku Teks Sejarah.Namun,kita jangan pula menilai setakat aspek itu sahaja. Apakata kita ,memandangnya dari posisi kesan baiknya atau natijah yang boleh diambil dari sesuatu sejarah.


Al Quran panduan agung umat Islam sendiri terkandung pelbagai kisah sejarah.Ia bukan cerita dongengan tapi mengandungi isi tersirat mesej yang ingin Allah sampaikan kepada hambanya.

Contohnya Kisah Kaum Bani Israel,Kaum Tsamud dan Kaum Aad.(eh,ni ada dlm syllibus subjek BTQ).Pelbagai intipati penting yang kita boleh ambil dari kisah tersebut terutamanya daripada aspek jatuh-bangun sesebuah tamadun.


Sengaja di awal posting ini saya imbau kembali kisah sebelum masuk ke Pusat Asasi ini,kerana ingin berkongsi sedikit pengalaman yang boleh dijadikan tauladan.:

1)Jangan mudah berputus asa dari rahmat Allah,teruskan berusaha dan berserah kepadaNYA.

2)"Hendak 1000 daya,tak hendak 1000 dalih".Kita perlu terus cekal berusaha walau jalan perjuangan itu penuh onak-berduri.

3)"Siapa yang menanam,dia akan dapat hasilnya.Siapa yang berusaha dia pasti akan berjaya".Pepatah arab ini memberikan inspirasi kepada kita agar terus dan terus berusaha.

InsyaALLAH,saya akan menamatkan pengajian di peringkat asasi ini tidak lama lagi dan mendaftarkan diri ke Kampus Utama Gombak pada 28 April.Kini.debaran yang menanti ialah 'perang final exam'.Saya mendoakan agar kita semua dapat menempuhnya dengan maju jaya.Barakallahufikum maa taufiq wan najah..!

1 ulasan:

dan berkata...

wah. cekal sungguh syed ni. tahnaih..moga Allah mudahkan perjalananmu.

eh syahir tukar kos eh? kos ape plak skang ni?