18 Oktober 2008

Menjengah sebentar ke CFS Nilai..


"Air yang dicincang tak akan putus"..Itulah peribahasa orang melayu yang ingin menunjukkan betapa peri pentingnya ikatan perhubungan dan ukhwah dikekalkan walau telah terpisah dek kerana kedudukan geografi mahupun zaman.Untuk makluman semua kampussatelit Pusat Asasi UIA di Nilai ini baru sahaja berusia hampir 1 tahun(boleh kira macam baby baru lahirlah) pasti banyak kekurangan dan kelemahan yang berlaku.Sebelum ini semua program asasi untuk lepasan SPM yang mendapat tawaran ke UIA akan belajar di Pusat Asasi UIA PJ(bersebelahan je dengan UM) namun bermula hujung tahun 2007 ia dipecahkan kepada 2 iaitu program asasi Sains dikekalkan di PJ manakala asasi Sastera di Nilai.
Sungguhpun ia telah dibuka hampir setahun namun baru semalam(petang Jumaat) 
saya berkesempatan untuk hadir ke sana bersempena dengan 
Hari Raya Gathering bersama MB Negeri Sembilan
(Dato' Seri Utama Mohamad Bin Hj Hassan).
Ketika setibanya di CFS Nilai itu memang agak terkejut sikitlah kerana
tidak terbayang langsung keadaannya kampus
yang begitu terbuka dan bercampur dengan bangunan luar.Pasti kehidupan seharian mereka agak mencabar
bagi yang mementingkan keselamatan tapi bagi
 mereka yang lebih memikirkan ke'bebas'an dan enjoy pasti teramatlah suka kerana tidak ada Pak Guard mahupun Mak Guard yang begitu 'prihatin' kepada keadaan pelajar seperti di PJ untuk mengawal tindak-tandukmereka.Yang ada hanyalah Security swasta yang diupah oleh empunya milik tanah kampus tersebut.
Saya dan rombongan dari PJ terus ke padang tempat berlangsungnya majlis grand ini.Nampaknya,para tetamu jemputan seperti dif-dif kehormat dari UIA Gombak,para pensyarah dan staf pusat asasi telah pun memenuhi ruang hadapan khemah.Kehadiran para pelajar tidaklah seramai mana kalau hendak dibandingkan dengan jumlah semua student CFS yang lebih dari 3000 orang(kalau tak silaplah).Antara faktor utamanya pasti kebanyakan student dah balik terutama pelajar 1st year setelah tamat final exam semester ini.  
Tidak lama kemudian majlis pun bermula dengan kehadiran tetamu undangan memasuki Khemah VIP dengan iringan paluan kompang dan caklempong dari MRSM Jempol.Turut mengiringi MB ialah Rektor IIUM(Prof. Dato' Syed Arabi Idid),Timbalan2 Rektor,Pengarah2 ekskutif dan Dekan Pusat Asasi(Prof. Dr. Md Fadzil Hassan).Majlis dimulakan dengan mendengar ucapan oleh Rektor diikuti dengan ucapan MB.Mereka pun faham majlis ini acara utamanya ialah 'mengisi perut' jadi ucapan pun taklah panjang berjela-jela.Setelah penyampaian cenderamata penghargaan UIA kepada MB,pengerusi majlis pun mengumumkan hadirin dijemput untuk berjamu selera.Apalagi,orang pun serbulah..!Antara meja pilihan yang sesak ialah sate.Pelbagai hidangan lain seperti laksa,ketupat,rendang,ais kr
im,roti jala dan banyak lagilah untuk dicatat disini.Sambil menjamu selera telinga kami dihiburkan dengan iringan bunyi caklempong dan persembahan 
nasyid dari kumpulan GRIMIS CFS Nilai.
Alhamdulillah,nam
paknya semua puas hati dengan makanan yang disediakan.Kelihatan juga para staf,lecturer dan student berbual mesra.Secara tidak langsung ikatan ukhwah dapat dieratkan.
Saya juga berkesempatan untuk bertemu Saifulbahri(sahabat di TAHAP dulu) dan para sahabat lain yang pernah dikenali semasa mereka belajar di UIA PJ semester 1 tahun 2007.Saya juga meminta mereka untuk menerangkan serba ringkas tentang kedudukan bangunan UIA Nilai
 tersebut.Majlis pun tamat hampir jam 7 malam.
Berkebetulan pula azan maghrib pun berkumandang ketika itu jadi kami pun sepakat untuk solat maghrib dulu(ada juga yang takut ditinggal bas kerana kami dimaklumkan ketika mula tiba di nilai tadi bas akan bertolak balik jam 7).Tapi apabila nampak driver bas pun sama menuju ke masjid jadi hilanglah kegusaran di hati kami.Setelah solat maghrib,tepat jam 7.36 malam kami pun ber
tolak kembali ke CFS P
J.Bas agak kosong kerana sister menaiki bas lain.Dalam perjalanan pulang ramai juga yang terlena.(yelah perut pun dah kenyang,solat pun dah selesai).Perjalan pulang keadaan trafic lancar sehinggalah masuk area PJ memang sesak sikitlah.Alhamdulillah,kami selamat tiba pada jam 8.30 malam di perkarangan UKC2.MISI SAYA PUN SELESAI....










Sahabat-sahabat yang menuntut di Nilai enak menjamu selera.



















Amboi-amboi saiful bestnye makan ais krim..Jangan berebut ye..Kalau tak cukup lagi,boleh beli di kiosk ABC..






 






Kelihatan dari jauh tempat majlis berlangsung. 






















Inilah masjid nilai yang berhadapan sahaja dengan kampus                                  












Salah satu blok bangunan uia...



















Hah,oleh sebab si saiful dan hafiz ni nak sangat bergambar tunjuk gigi biar kita kongsi dengan pelawat blog ni..jangan marah ye,nanti kena jual..!hehe








SEKIAN SAHAJA POSTING KALI INI..wassalam.

3 ulasan:

dan berkata...

bukan nak komen pasal ni tau syed. just nak ucap....

slamat hari lahir.

sanah helwa.

kullu sanah enta bikhair. barakallahu fik. sorila takde hadiah!

(23/10 kan? semalam. belated besday. moga pjg umur..murah rezeki)

dan berkata...

syed..tu..hafiz...member aku..kim salam kat dia...baru perasan muka dia...haaaa rindunye...

Ibnu Iskandar berkata...

lupa nak bagitau mmang hafiz tu classmate ana..kira rapatlah gak dgn dia tu.org tak cerdik kalau dpt kwn dgn org hebat mcm anta rasydan dpt lah tempiasnya kot..spt sabda nabi kalau tak silap;"kalau brsahabat dgn penjual minyak wangi kita akan dpt tempias bau wangi trsebut ............".wallahua'lam