Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan

15 Oktober 2010

Oh, indahnya di taman ini..!



Sebuah hadits yang diriwayatkan Imam Abu Daud, Imam Tirmidzi dari Abu Darda' menyebutkan bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. bersabda,


مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ


"Barangsiapa yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, nescaya Allah subhanahu wata’ala menyediakan jalan untuknya menuju syurga. Sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya karena redha kepada orang yang menuntut ilmu. Sesungguhnya ulama dimintakan ampun oleh makhluk yang berada di langit dan di bumi sampai ikan yang di dalam laut. Keutamaan seorang alim atas seorang abid seperti keutamaan bulan atas segala bintang. Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mereka hanya mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sungguh dia telah mengambil keberuntungan yang banyak."

Berpandukan hadis ini, jelas betapa pentingnya kita untuk menjadi orang yang berilmu. Hadir ke majlis ilmu merupakan salah satu kaedah yang terbaik untuk menuntut ilmu.

Seperti masyhurnya nama UIA yang dikenali “The Garden of Knowledge & Virtue” (Taman Ilmu & Budi) ini sememangnya meriah dengan majlis ilmu samada secara kuliah formal di dalam kelas mahupun program yang dianjur oleh organisasi.

Alhamdulillah, pada Selasa lepas berkesempatan untuk hadir ke Usrah Umumi anjuran Students’ Representative Council (SRC) di ADM LT 2. Pengisian yang begitu hebat dan sarat dengan mutiara ilmu yang disampaikan oleh ‘sifu’ pendidik Malaysia iaitu Profesor Dr. Sidek Baba.

Inilah peluang kali pertama saya mendengar pengisian secara terus oleh tokoh ilmuan terkenal tanah air. Beliau yang juga lebih mesra dengan gelaran Cikgu banyak menyentuh persoalan ilmu dan kepimpinan.

Saya kongsikan serba sedikit nota yang sempat saya catat pada malam itu;
 Proses mendapat ilmu bermula daripada :knowing-understanding-getting the meaning
 Antara punca masalah yang berlaku di kalangan Muslim hari ini ialah sekadar percaya, masih belum yakin. Cth: Allah itu wujud, adanya kehidupan selepas mati. Apabila sekadar percaya menggunakan akal tanpa yakin di hati menyebabkan tindakan kita masih tak seiring dengan apa yang kita percaya.

 Tokoh ilmuan Islam terdahulu bukan sahaja pakar dalam pelbagai bidang ilmu fardu kifayah tetapi ia telah didasari terlebih dahulu dengan pengetahuan fardu ain yang cukup. Cth; Al-Idrisi yang merupakan manusia pertama mencipta glob dan peta bumi manakala Al-Zahrawi pakar dalam pembedahan dan mencipta pelbagai alat-bedah yang diguna hari ini.

 Betapa lemahnya ciptaan manusia berbanding apa yang dicipta Allah. Cth: lebuhraya yang canggih, bertingkat-tingkat tetapi tetap tak mampu menghalang kemalangan jalanraya berlaku. Perhatikan pula alam sekeliling, planet dan bintang yang senantiasa bergerak pada landasan masing-masing tanpa berlaku perlanggaran sedikit pun walau barang sesaat. Subhanallah,hebatnya kuasa Allah.

 Setelah Barat mencedok segala ilmu Islam dahulu, umat Islam semakin lemah. Kita hanya mampu menjadi “pengguna setia” dan bukan lagi “penyumbang yang baik”. Selama mana lagi kita nak bergantung kepada kuasa besar Barat ini..? Kembalilah kepada asas Islam. ‘Islamkan semula’ apa yang kita dapat daripada mereka.

 Antara asas yang perlu ada pada mereka yang bergelar qiyadah/ kepimpinan ialah;
1) ilmu perbandingan- ilmu samada bersumber daripada Islam atau kafir perlu dibanding dan diukur dengan neraca syariat.
2) Filtering ability- pemimpin yang mampu membezakan apa yang baik-buruk, manfaat-tak bermanfaat .
3) Sinergi yang kuat antara umara’/pemimpin dengan ulama’ dalam mentadbir negara. Mereka saling melengkapi(complimentary), ilmu yang berintegrasi duniawi &ukhrawi dan tradisi pengkaryaan.

 Ilmu Islam boleh diibarat seperti pokok yang mempunyai akar, batang, dahan, dan buah begitulah Islam yang bertunjangkan akidah, berteguhkan ibadah, syariat dan membuahkan akhlak.
 Tajdid,reformasi dan transformasi perlu ada dalam sistem pendidikan Malaysia untuk melahirkan insan dan bukan ‘exam oriented’ semata. Maka usaha itu perlu dibuat melalui integrated knowledge , elemen pratikal/kokurikulum, nilai etika dan secara holistik/menyeluruh.
 Guru juga komponen utama yang perlu dititikberatkan dalam usaha tajdid pendidikan ini. Guru bukan sahaja bergelar pengajar tetapi mampu menjadi muallim, murabbi dan muaddib.

 Saya begitu tertarik apabila beliau menceritakan pengalaman liku-liku kehidupan beliau yang pernah gagal beberapa kali STPM kemudian bangkit kembali sehingga bergelar Profesor hari ini. Beliau menasihatkan kami untuk mencari sebanyak mungkin mutiara ilmu yang tak semestinya kita dapat melalui pembelajaran dalam kelas tetapi perlu dikutip melalui halaqah/usrah sebagai medium percambahan dan medan perbincangan ilmiah. Beliau sendiri telah banyak mengasaskan usrah di mana tempat yang beliau pergi dan sampai sekarang masih terlibat dengan usrah.

 Di akhir program tersebut, beliau menyampaikan harapan agar kami dapat meneruskan lagi usrah umumi ini dan beliau sanggup mengosongkan masa untuk datang memberi pengisian lagi. Beliau juga meminta pihak penganjur tidak menyediakan sebarang cenderamata/hadiah penghargaan buat beliau pada program yang akan datang.
 Begitu hebatnya tokoh ilmuan ini yang sanggup menghabiskan masa bersama kami anak muda yang masih mentah ini bahkan tanpa mengharap sebarang ganjaran daripada sesiapa.

Semoga Allah terus memberkati usaha dan perjuangan Cikgu Sidek.Amiin…

02 Jun 2010

Sambungan Hujung Minggu

Pembentangan kertas kerja kedua pula oleh Saudara Nabil Ahmad Fauzi yang merupakan aktivis Parti Keadilan Sejahtera(PKS) yang sedang menuntut pengajian di UKM. Kertas kerja beliau yang bertajuk “PKS, Umat Islam dan Politik Indonesia” agak menarik untuk diperhalusi. Secara sinopsisnya intipatinya seperti berikut;

1) PKS merupakan parti Islam terbesar di Indonesia ketika ini, ianya baru sahaja ditubuhkan pada 1998 di era reformasi di negara tersebut. PKS terus mendapat tempat dalam banyak buku, kajian dan pembahasan politik kerana sifatnya yang baru tetapi mampu mencorakkan politik nasional di Indonesia.

2) PKS sebenarnya berasal dari gerakan Jamaah Tarbiyyah yang berkembang sejak 1980an pada ketika pemerintahan Suharto yang sangat anti gerakan Islam masa itu.

3) Jemaah tarbiyah iniah yang menghidupkan masjid-masjid kampus dan menubuhkan Lembaga Dakwah Kampus(LDK). Pada tahap berikutnya, mereka mula menguasai Badan Eksekutif Mahasiswa (di Malaysia dikenali sebagai MPP) di pelbagai university umum di Indonesia. Peranan mereka semakin terserlah apabila menubuhkan Forum Silaturahim LDK Se-Indonesia yang mengumpulkan semua Lembaga Dakwah Kampus.

4) Di saat krisis ekonomi dan politik pada 1997, jemaah ini ikut serta dalam gelombang reformasi sehinggalah terbentuknya Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) yang memainkan peranan begitu besar sehingga berjaya menundukkan Presiden Suharto untuk turun daripada puncak kuasa.

5) Untuk mengekalkan momentum sedia ada selepas sahaja era Suharto, mereka menjalankan survey dalam kalangan ahli tentang keperluan membentuk parti politik atau organisasi rasmi jemaah. Hasilnya, 20 Julai 1998 Parti Keadilan(PK) ditubuhkan sebagai parti berasaskan Islam. Tidak mengambil masa yang lama,PK terus berkembang pesat dan melayakkan diri sebagai salah satu dari 48 parti politik yang menyertai Pilihan Raya 1999.

6) Namun demikian, jumlah undi diraih PK pada pilihanraya tersebut masih rendah untuk mencapai polisi electoral threshold 2% suara nasional sehingga tidak boleh menyertai pilihanraya 2004 kecuali berganti nama dan lambing parti. Jadi, pada 20 April 2003 PK secara rasmi diganti dengan Parti Keadilan Sejahtera(PKS).

7) Sebagai parti di luar kerajaan yang dipimpin oleh Megawati, PKS memperjuangkan isu kebajikan rakyat seharian di samping membawa imej bersih daripada rasuah maka dengan slogan “Bersih dan Peduli” , mereka mampu menarik sokongan rakyat pada pilihanraya 2004.

8) Hasilnya, begitu memberangsangkan apabila memperoleh 7.34% suara nasional dan berjaya meletakkan Presiden PKS, Dr Hidayat Nur wahid sebagai Ketua Majelis Permusyarawatan Rakyat(MPR).

9) PKS kemudian turut serta dalam membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono(SBY) dan berjaya mendapat 3 kerusi menteri dalam kerajaan tersebut.

10) Namun, pada pihanraya 2009 yang lalu PKS gagal mencapai sasaran mendapat undi nasional sebanyak 20% tetapi mereka masih mampu meningkatkan peratusan undi sokongan yang sebelum ini 7.34% kepada 7.9%. Mereka sekali lagi bersama membentuk kerajaan dipimpin oleh SBY dan mendapat 4 kerusi menteri.

11) Seiring dengan perkembangan PKS, muncul pula konflik pertembungan mereka dengan 2 organisasi terbesar masyarakat Islam iaitu Nahdatul Ulama(NU) dan Muhammadiyah.PKS telah berjaya mengalahkan Parti Kebangkitan Bangsa dan Parti Amanat Nasional yang merupakan kenderaan politik bagi NU dan Muhammadiyah. PKS juga dituduh mempergunakan asset Muhammadiyah dan menguasai masjid yang didominasi NU serta PKS diberi label Wahabi yang ingin menghancurkan Islam.

12) Manakala parti sekular seperti PDI-P dan Parti Golkar pula mempersoalan komitmen kebangsaan PKS dan idea untuk merubah dasar negara Pancasila Indonesia kepada negara Islam.

13) Kesimpulannya, menurut Dr Greg Fealy(seorang penyelidik dan pensyarah di The Autralian National University) PKS mempunyai 4 faktor kekuatan yang membuatkan ia mampu mewarnai politik kontemporari Indonesia;

a) PKS mengambil sumber ideologi dan organisasi daripada Ikhwanul Muslimin

b) PKS mempunyai system perkaderan yang begitu baik

c) PKS lebih dari sebuah parti politik kerana turut mempelbagaikan aktiviti kebajikan sosial kepada rakyat.

d) PKS membawa isu moral(anti rasuah) dalam politiknya

e) PKS mempunyai ideologi yang kuat dan mewarnai kehidupan sosial politik parti.

14) Pilihan terbaik PKS setakat ini ialah menjadi sebahagian dalam kerajaan agar ia mampu bertahan dalam politik Indonesia.


Pembentangan kertas kerja terakhir pula oleh Profesor Dr Mohammad Redzuan Othman yang merupakan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya. Saya sering melihat beliau muncul di kaca tv khususnya membicarakan persoalan politik Turki. Sememangnya kena dengan jiwa dan minat,beliau membentangkan tajuk “Gerakan Islam & Demokrasi: Peranan AKP dalam proses politik di Turki. Pembentangan beliau yang sarat dengan fakta dibuat dalam bentuk agak santai mampu menarik minat audience untuk mendengar dengan teliti. Isinya serba sedikit saya muatkan di sini;

- Beliau berpandangan sistem sekular yang mendominasi Turki semenjak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah kini hanya menunggu saat dan ketikanya untuk diisytiharkan musnah.

- Beliau membandingkan suasana solat subuh di masjid sekitar Istanbul pada tahun 1997 dan 2009. Istanbul ini terkenal dengan gelaran ‘City with 1000 Minarets’ kerana begitu banyaknya masjid dan setiap satunya saiz begitu besar.

1997-beliau pergi bersolat subuh di sebuah masjid yang mana jemaahnya hanya 5 orang.

2009-tahun lepas,beliau berasa amat terkejut akan perubahan yang berlaku apabila suasana solat subuh seperti solat Jumaat. Ribuan manusia memenuhi ruangan solat seawal 5 pagi pada cuaca musim sejuk yang mana sebahagian besar mereka ialah golongan pemuda. Senario yang berlaku ini di setiap masjid yang banyak di kota tersebut.

-Kerajaan Turki Uthmaniyyah merupakan empayar besar Islam yang menguasai 2/3 dunia mampu bertahan selama 600tahun akhirnya tumbang apabila si Mustafa Kamal Attaturk menjalankan perancangan jahatnya dengan bantuan kuasa kuffar.

- Kamal Attaturk memperkenalkan prinsip ‘Kemalisme’ yang mengandungi komponen sekularisme,negara republic dan populis melalui pilihanraya.

- Pada tahun 1937-perlembagaan negara Turki diisytiharkan yang antaranya menyebut Turki mengamalkan sekularisme.

- Sistem pendidikan Islam dihapuskan,institusi agama Islam direndahkan martabatnya,undang-undang Barat diperkenalkan, pemakaian berunsur Islam diharamkan dan banyak lagi.

- Tokoh seperti Badiuzzaman Said An-Nursi member sumbangan besar untuk mengukuhkan kembali Islam khususnya melaui pendidikan.

- Adnan Menderes merupakan Perdana Menteri Turki yang berfahaman agak liberal sedikit-sebanyak memberi ruang kepada Islam untuk bersinar kembali di Turki.

- Necmettin Erbakan yang merupakan seorang tokoh dalam memimpin parti Islam yang sering bersilih-ganti kerana sering diharamkan apabila cuba membawa unsur Islam. Menariknya, beliau bukanlah orang yang berjurusan agama tetapi pakar dalam bidang kejuruteraan sehingga mampu mencipta kereta kebal yang digunakan NATO.

- Politik Turki juga begitu unik sekali apabila kedua-dua parti beraliran sekular yang sering bersaing merebut kuasa tidak sanggup untuk bekerjasama sesama mereka apabila ingin membentuk kerajaan. Apabila salah sebuah parti menang tapi masih gagal membentuk majoriti untuk menjadi kerajaan,parti tersebut lebih sanggup untuk bergabung dengan parti Islam yang kecil dipimpin oleh Erbakan.

- Erbakan pernah menjawat jawatan Perdana Menteri dan beliau menggunakan sepenuhnya manfaat yang ada untuk melaksanakan Islam sehingga menimbulkan kemarahan penjaga institusi sekular negara iaitu tentera. Beliau akhirnya terpaksa meletak jawatan untuk mengelakkan berlakunya rampasan kuasa.

- Melihatkan keadaan politik Islam yang sering diancam pengharaman partinya maka timbullah idea untuk menubuhkan parti yang bersikap lebih liberal tetapi tetap membawa matlamat Islam. Parti Keadilan atau dikenali sebagai AKP pun ditubuhkan yang dipimpin oleh Abdullah Gul dan Reccip Tayyib Erdogan.

- AKP inilah yang berjaya menawan hati rakyat dengan aktiviti kebajikan yang mereka lakukan. Namun,pada hakikatnya mereka menang kerana sistem pilihanraya itu sendiri memberi kelebihan kepada mereka. Polisi yang menetapkan threshold peratusan tertentu undi keseluruhan untuk melayakkan parti diisytiharkan menang melihatkan AKP mampu mendapat lebih 73% daripada jumlah kerusi sedangkan peratusan undi nasional yang mereka perolehi lebih kurang 30% sahaja.

- Setelah AKP berjaya memerintah, mereka menggunakan pendekatan yang agak bersederhana dan berhati-hati, tidak sepertimana dilakukan Erbakan dahulu. Hasilnya, pada pilihanraya 2009 baru-baru ini mereka mampu menang besar dan mampu melayakkan Abdullah Gul sebagai Presiden Turki yang seterusnya yang mana isterinya bertudung. (belum pernah sebelum ini isteri presiden bertudung,bahkan tudung merupakan antara larangan yang diperkenalkan Kamal Attaturk)

- Namun, pendekatan yang agak liberal ini tidak bermakna AKP tidak membawa mesej Islam tetapi mereka ingin membuat tindakan yang benar-benar konstruktif dan mampu member manfaat kepada Islam untuk jangkamasa panjang. Mereka juga giat untuk mengembalikan Islam di Turki contohnya usul untuk menghapuskan larangan pemakaian tudung di university,mengutuk tindakan kejam Israel terhadap umat Islam di Palestin.

- Pihak tentera tahu akan usaha-usaha mengembalikan Islam dan menghapuskan sekularisme secara berperingkat namun mereka sedar bahawa seandainya tentera merampas kuasa, rakyat tetap tidak menyokong tentera untuk memerintah Turki.

Begitulah sahaja catatan yang mampu saya kongsikan untuk manfaat bersama. Program berbentuk diskusi ilmiah dan intelektual ini memang wajar diperbanyakkan lagi khususnya kepada anak muda sebagai pewaris kepimpinan masa depan.


NOTA: Alhamdulillah, syukur di saat posting ini dibuat kesemua 12 orang rakyat Malaysia yang mengikuti konvoi flotilla Lifeline for Gaza disahkan selamat. Walaubagaimanapun, perasaan dukacita dan rasa kebencian yang amat sangat atas tindakan gila lagi kejam oleh pihak Israel yang menyerang konvoi tersebut yang ketika itu masih berada di perairan antarabangsa.

Moga insiden besar ini mampu 'membuka mata' dunia untuk menegenali siapa itu Israel...

27 Januari 2009

Di sebalik Tokoh..

Alhamdulillah,sempat juga pulang bercuti di kampung sempena cuti Tahu Baru Cina.Inilah kelebihan Malaysia dengan masyarakat berbilang kaum dan agama.(perayaan kamu lain,tapi kita tumpang bercuti)
Semangat perpaduan dan muhibah sebegini hendaklah dikekalkan dalam semua peringkat demi memastikan kesinambungan keamanan,keharmonian dan keadilan dapat dikekalkan.

Intipati posting kali ini bukanlah hendak menyentuh isu perayaan atau perpaduan tetapi saya ingin berkongsi isi-kandungan sebuah buku yang sedang saya khatamkan kini;"Tokoh-Tokoh Gerakan Islam Abad Moden" yang ditulis oleh Ustaz Zainudin Hashim dan Ustaz Riduan Mohamad Nor.Ketika di dalam perjalanan pulang ke kampung dan kembali ke UIA sempatlah saya membacanya di dalam bas untuk mengisi masa terluang di samping xtvt 'melelapkan mata'..

Di kesempatan yang terbatas ini saya hanya mampu untuk menyenaraikan nama Tokoh Gerakan Islam yang telah saya baca.

1)Dr Abdul Aziz Rantisi-Sang Doktor Pembawa Obor Jihad
2)Abdul Qader Audah-Hakim Yg Digantung Mati Krn Mempertahankan Islam
3)Dr Abas Madani-Singa Islam Di Algeria
4)Syeikh Abdul Hamid Kisk-Ulama'Buta Yg Byk Hadapi Ujian Getir
5)Dr Abdul Majid Az-Zandani-Mentor Gerakan Islam Yaman
6)Dr Abdullah Azzam-Mujahid Ikhwan Yg Rindukan Syahid
7)Dr Abdullah Nasih Ulwan-Tokoh Ilmuan Haraki Yg Bersifat Murabbi
8)Syeikh Ahmad Yassin-Tokoh Ikhwan Yg Menubuhkan HAMAS Palestin
9)Syeikh An-Nadwi-Ulama' Berjiwa Lembut Ketika Berdakwah
10)Badi'uzzaman Sa'id An-Nursi-Abadikan Hidup Untuk Islam
11)Dr. Burhanuddin AlHelmi-Menyiram Obor Prjuangan Kmerdekaan Malaya

InsyaAllah di kesempatan yang akan datang,saya akan masukkan analisis ringkas biografi beserta kisah perjuangan mereka yang bergelar tokoh ini..

Sebelum berakhir,ingin saya berkongsi pula 'tokoh' yang kononnya bergelar pemimpin di satu sudut namun di satu sudut yang lain tangan mereka inilah menjadi Sang PengKHIANAT umat Islam.Cuba perhatikan..:





Sedia bekerjasama dengan musuh
=Mahmoud Abbas(presiden Palestin)
& Tzipi Livni(Menteri Luar Israel)








Ketawa riang memikir masa depan kuasa yang masih cerah
=Housni Mubarak(Presiden Mesir)
& Ehud Olmert(Perdana Menteri Israel)








"Seerat genggaman sekukuh ikatan"
Raja Arab Saudi & Mantan Presiden A.S
George W Bush @mangsa kasut










Jom bekerjasama....
Presiden Mesir & Menteri Luar Israel







Nota: Moga Allah memberi ganjaran setimpal buat mereka

07 November 2008

Bila amanah jadi barang jual-beli


Saya merupakan antara ribuan yang menghadiri satu majlis ilmu yang diadakan pada Ahad malam 2 November lepas.Suka saya ingin berkongsi apa yang saya dapat daripada penyampaian ilmu oleh seorang (Ulama’+ Umara’) yang sudah tidak asing lagi di bumi Malaysia ini.Beliau yang merupakan salah satu pemimpin tertinggi yang saya kagumi ketokohannya dari sudut daya kepimpinan dan keilmuannya sehinggakan saya pernah bermimpi bertemu dengannya pada Ramadhan yang lalu.Hasrat di hati untuk bertemu dengannya secara ‘live’ akhirnya terkabul apabila Beliau berkunjung ke negeri Pahang baru-baru ini.Di akhir ucapan beliau ada berpesan kepada semua hadirin yang hadir untuk menyampaikan ilmu ini kepada seramai mungkin orang lain yang tidak berkesempatan untuk hadir pada malam itu.Atas dasar tanggungjawab tersebut saya pun membuat rumusan daripada ceramah beliau selama 1 jam lebih tersebut dan berkongsi dengan semua melalui medium era kini-blog…Beliau memulakan ucapan dengan membaca firman Allah:
“Sesungguhnya kami telah membentangkan amanah kepada langit,bumi,bukit-bukau dan gunung-ganang supaya mereka bersedia untuk memikul amanah,semua makhluk yang besar yang hebat itu takut,gerun lalu mereka tidak bersedia untuk memikulnya,tetapi manusia sanggup memikulnya.Sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi jahil”(Surah Al-Ahzab:72)

Dunia hari ini dilanda pelbagai krisis seperti masalah sosial yang kian meruncing,bencana alam yang silih-berganti dan paling terbaru kemelesetan ekonomi yang mampu mengancam segenap lapisan masyarakat khususnya golongan fakir-miskin pasti terasa keperitannya.
Setiap hari kita ada membaca dalam solat-surah Al-Fatihah yang mana ayat ke 2nya yang berbunyi :“Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam”
Sekalian alam yang dimaksudkan di sini termasuklah sekalian makhluk yang ada di alam semesta ini namun jangan pula kita terlupa bahawa Allah turut menurunkan hukum-hakam yang perlu dijadikan ‘guideline’ hidup manusia di mukabumi ini melalui kitab suci Al-Quran dan dihantar pula para Nabi dan Rasul untuk menyampaikan risalah kebenaran kepada sekalian manusia.Alangkah malangnya apabila segala yang telah ditetapkan oleh Allah ini tidak dipatuhi oleh kita semua sehingga terjadilah krisis yang disebutkan di awal tadi.

Beliau memetik kisah Bani Israel yang dirakamkan di dalam Al-Quran iaitu apabila Allah melantik Thalut menjadi pemimpin mereka namun mereka menolaknya dengan alasan dia tidak memiliki harta dan bertanya mengapa tidak dilantik pemimpin dalam kalangan mereka yang mempunyai banyak harta?Nabi mereka pun menjawab Allah melantik Thalut kerana keILMUan dan kePERIBADIan tinggi yang ada pada dirinya.Kalau DUIT banyak tapi TAK BERILMU ataupun dia BERILMU tapi JAHAT maka MUSNAHlah NegaraKalau dia TAK BERDUIT tapi BERILMU pasti dia mampu mencari DUIT dan melaksanakan PENTADBIRAN dengan BAIK berdasarkan keBIJAKSANAan yang ada berlandaskan SYARIAT.

Antara faktor utama berlakunya kemusnahan ekonomi hari ini ialah kerana RIBA’ yang secara jelas diHARAMkan oleh Allah.Amalan Riba ini membawa kepada penindasan terhadap golongan susah kerana ia mewajibkan faedah dalam membuat sebarang pinjaman sedagnkan ISLAM telah pun menganjurkan konsep MUDHRABAH iaitu sama-sama merasa untung-rugi atas persetujuan bersama.’Polis Dunia’ iaitu Amerika Syarikat yang merupakan peneraju utama ekonomi dunia juga kian tersungkur dek kemelesetan yang melanda kini angkara amalan RIBA’.Ia telah dijangka oleh penganalisis ekonomi dalam sebuah buku yang ditulis pada tahun 60an lagi.Kini kos perbelanjaan Negara tersebut yang melebihi pendapatan yang ada(istilah ekonomi dipanggil-defisit) dan berhutang dengan bank mencecah TRILION.(kita pun tak reti nak kira trillion ni banyak mana).Sehinggalah dalam Persidangan Negara-negara Eropah baru-baru ini Perdana Menteri Britain,Gordon Brown menggesa semua Negara mencari satu system ekonomi yang mampu menjamin keADILan semua pihak.
Tidak ada penyelesaian lain yang terbaik melainkan kembalilah kepada ISLAM yang mengandungi ‘pakej’ lengkap kehidupan kita semua termasuklah system ekonomi,politik mahupun sosial.
Amaran Allah telah pun tiba buat kita semua yang masih terleka..!

Catatan penulis:Maaf,’Beliau’ yang menyampaikan ceramah ini tidak dapat saya maklumkan namanya di sini atas sebab tertentu.Faham-faham jelah sebabnya ya….