07 November 2008

Bila amanah jadi barang jual-beli


Saya merupakan antara ribuan yang menghadiri satu majlis ilmu yang diadakan pada Ahad malam 2 November lepas.Suka saya ingin berkongsi apa yang saya dapat daripada penyampaian ilmu oleh seorang (Ulama’+ Umara’) yang sudah tidak asing lagi di bumi Malaysia ini.Beliau yang merupakan salah satu pemimpin tertinggi yang saya kagumi ketokohannya dari sudut daya kepimpinan dan keilmuannya sehinggakan saya pernah bermimpi bertemu dengannya pada Ramadhan yang lalu.Hasrat di hati untuk bertemu dengannya secara ‘live’ akhirnya terkabul apabila Beliau berkunjung ke negeri Pahang baru-baru ini.Di akhir ucapan beliau ada berpesan kepada semua hadirin yang hadir untuk menyampaikan ilmu ini kepada seramai mungkin orang lain yang tidak berkesempatan untuk hadir pada malam itu.Atas dasar tanggungjawab tersebut saya pun membuat rumusan daripada ceramah beliau selama 1 jam lebih tersebut dan berkongsi dengan semua melalui medium era kini-blog…Beliau memulakan ucapan dengan membaca firman Allah:
“Sesungguhnya kami telah membentangkan amanah kepada langit,bumi,bukit-bukau dan gunung-ganang supaya mereka bersedia untuk memikul amanah,semua makhluk yang besar yang hebat itu takut,gerun lalu mereka tidak bersedia untuk memikulnya,tetapi manusia sanggup memikulnya.Sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi jahil”(Surah Al-Ahzab:72)

Dunia hari ini dilanda pelbagai krisis seperti masalah sosial yang kian meruncing,bencana alam yang silih-berganti dan paling terbaru kemelesetan ekonomi yang mampu mengancam segenap lapisan masyarakat khususnya golongan fakir-miskin pasti terasa keperitannya.
Setiap hari kita ada membaca dalam solat-surah Al-Fatihah yang mana ayat ke 2nya yang berbunyi :“Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam”
Sekalian alam yang dimaksudkan di sini termasuklah sekalian makhluk yang ada di alam semesta ini namun jangan pula kita terlupa bahawa Allah turut menurunkan hukum-hakam yang perlu dijadikan ‘guideline’ hidup manusia di mukabumi ini melalui kitab suci Al-Quran dan dihantar pula para Nabi dan Rasul untuk menyampaikan risalah kebenaran kepada sekalian manusia.Alangkah malangnya apabila segala yang telah ditetapkan oleh Allah ini tidak dipatuhi oleh kita semua sehingga terjadilah krisis yang disebutkan di awal tadi.

Beliau memetik kisah Bani Israel yang dirakamkan di dalam Al-Quran iaitu apabila Allah melantik Thalut menjadi pemimpin mereka namun mereka menolaknya dengan alasan dia tidak memiliki harta dan bertanya mengapa tidak dilantik pemimpin dalam kalangan mereka yang mempunyai banyak harta?Nabi mereka pun menjawab Allah melantik Thalut kerana keILMUan dan kePERIBADIan tinggi yang ada pada dirinya.Kalau DUIT banyak tapi TAK BERILMU ataupun dia BERILMU tapi JAHAT maka MUSNAHlah NegaraKalau dia TAK BERDUIT tapi BERILMU pasti dia mampu mencari DUIT dan melaksanakan PENTADBIRAN dengan BAIK berdasarkan keBIJAKSANAan yang ada berlandaskan SYARIAT.

Antara faktor utama berlakunya kemusnahan ekonomi hari ini ialah kerana RIBA’ yang secara jelas diHARAMkan oleh Allah.Amalan Riba ini membawa kepada penindasan terhadap golongan susah kerana ia mewajibkan faedah dalam membuat sebarang pinjaman sedagnkan ISLAM telah pun menganjurkan konsep MUDHRABAH iaitu sama-sama merasa untung-rugi atas persetujuan bersama.’Polis Dunia’ iaitu Amerika Syarikat yang merupakan peneraju utama ekonomi dunia juga kian tersungkur dek kemelesetan yang melanda kini angkara amalan RIBA’.Ia telah dijangka oleh penganalisis ekonomi dalam sebuah buku yang ditulis pada tahun 60an lagi.Kini kos perbelanjaan Negara tersebut yang melebihi pendapatan yang ada(istilah ekonomi dipanggil-defisit) dan berhutang dengan bank mencecah TRILION.(kita pun tak reti nak kira trillion ni banyak mana).Sehinggalah dalam Persidangan Negara-negara Eropah baru-baru ini Perdana Menteri Britain,Gordon Brown menggesa semua Negara mencari satu system ekonomi yang mampu menjamin keADILan semua pihak.
Tidak ada penyelesaian lain yang terbaik melainkan kembalilah kepada ISLAM yang mengandungi ‘pakej’ lengkap kehidupan kita semua termasuklah system ekonomi,politik mahupun sosial.
Amaran Allah telah pun tiba buat kita semua yang masih terleka..!

Catatan penulis:Maaf,’Beliau’ yang menyampaikan ceramah ini tidak dapat saya maklumkan namanya di sini atas sebab tertentu.Faham-faham jelah sebabnya ya….

Tiada ulasan: