ALHAMDULILLAH,sempat juga akhirnya mencari masa terluang untuk mengemaskini blog yang dah tak berusik lebih 2 minggu.Berkebetulan ada CC yang buka sekejap petang ini lagipun cuti akhir sem ni kafe semua tutup jadi budget untuk makan 'lari'lah sikit bila makan di luar kampus.
Saya terpaksalah menghabiskan cuti yang masih berbaki kurang seminggu di UIA PJ ini kerana perlu menduduki peperiksaan MUET pada pagi tadi dan 8 November(Sabtu).Sebagai sinopsis aktiviti masa cuti baru-baru ini saya tidak bercadang untuk bercerita tetapi sekadar memuatkan catatan ringkas.
Cuti bermula pada 20 Oktober 2008(Isnin):XPDC Turun Ke TAHAP selama 1 hari
(Cerita detailnya di blog sahabat saya-syahir)
21 Oktober: Petang selasa baru pulang ke rumah setelah beraya di rumah guru2 TAHAP
22 Oktober: Memenuhkan masa dengan berehat di rumah sahaja
23 Oktober: Hari bersejarah iaitu ulangtahun umur ke 19,petangnya bertolak ke Kuantan
24 Oktober: Pada awal pagi bertolak ke Pekan Bandar Diraja berkebetulan hari itu ulangtahun Keputeraan Sultan pahang pula.Jadi,sempatlah berjalan di bandar pekan.Bermalam di rumah ibu saudara yang terletak di kawasan Peramu Jaya.
25 Oktober: Berkonvoi pula ke Felda Selendang 3 Rompin untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu.
26 Oktober: Menyambut kedatangan tetamu dari Terengganu iaitu keluarga Mentua Abg Syed Faiz.Meriah pula rasanya bila rumah dikunjungi orang dari jauh.Petang itu juga kami sempat hadir ke majlis perkahwinan cucu saudara ayah saya merangkap anak kepada sepupu saya(jangan pening pula fikirkan pertalian saudara ini)
27 Oktober: Demam majlis kahwin masih lagi belum selesai.kali ini saudara dalam Kampung Temin pula yang bernikah.Sempat juga menghadirkan diri kemudian terus bertolak ke KL bersama keluarga bapa saudara.Teringat pula saat perpisahan antara akak saya yang akan kembali ke Mesir dengan adik bongsu yang masih belajar di TAHAP serta nenek yang nampaknya semakin kerap sakit sekarang.Hanya air mata yang menjadi saksi ketika saat itu.
28 Oktober: Tidak ada aktiviti sangat ketika duduk di rumah bapa saudara ini cuma waktu petang pergi berjalan di pasaraya Jaya Jusco(harga barang2 di situ 'hebat' belaka)
29 Oktober: Hari ini sempatlah pula membeli-belah sedikit di kawasan Masjid India
30 Oktober: Detik-detik untuk perpisahan kian hampir.Pada malam itu kami menghantar akak Sh. Faizah ke KLIA.Dia akan menaiki flight syarikat Emirates(nama syarikat ini memang tak akan saya lupa sebab kejadian malam itu).Babak perpisahan yang biasanya diselubungi dengan perasaan sedih bertukar menjadi kelamkabut apabila pihak penerbangan TEGAS untuk menghadkan bagasi yang ingin dibawa pulang hendaklah tidak melebihi 25KG sedangkan kebiasaannya 30kg.Yang pelik wal ajaibnya hand luggage yang ingin dibawa dalam pesawat juga perlu ditimbang dan berat tak lebih 7kg.Kesian melihat akak dan kesemua rakannya terpaksalah membuka semua muatan dan mengutamakan barang yang dirasakan amat penting sahaja boleh dibawa.Maka berpisahlah kami untuk beberapa tahun lagi sehingga dia menggenggam segulung ijazah,insyaALLAH.
31 Oktober: Pulang ke rumah
1 &2 November: Menghadiri program penting di sebelah malamnya di Kerdau,Temerloh
3 November: Kembali ke CFS pada waktu petang.
Catatan kali ini tak sempat untuk memuatkan sebarang gambar.Jadi,nantikan posting akan datang...!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan