15 November 2008
Dalam lipatan memori
Sedar tak sedar saya baru sahaja melangkah masuk ke semester akhir(insyaALLAH) di Pusat Asasi UIA PJ setelah bercuti selama lebih kurang 3 minggu.Sepertimana dijanjikan saya ingin berkongsi gambar kenangan aktiviti ketika cuti akhir sem1 lepas...
Shafie dan Saiful dalam monorel ketika perjalanan pulang ke Pahang utk XPDC Turun TAHAP..
Jauh merenung masa depan mantan KU TAHAP 2006 ni ke teringatkan seseorang...?..hehe
Senyum jangan tak senyum ye Syahir..ni gambar ketika beraya di Rumah Ustaz Halimi
Ni abg smart kita Hazman dgn rambut paling br'gaya' masa kini..tangan sape lah pegang handphone tu..?
Ceria sungguh muka Firdaus dgn adik2 pimpinan TAHAP ketika majlis penyampaian 'AMANAT DR KAMI'..Tapi si lokman nasyid ni tertunduk sedih kenapa pulak..?
XPDC kami berakhir dengan brziarah ke Rumah Ustaz Syed Nazir...Teruja sungguh melihat Ustaz berinteraksi dengan anak kecil dia tu dalam Bahasa Arab...hebat2x
Jangan terkejut pula,ni bukan gambar majlis kahwin saya.
Ini gambar sepupu,kak Aini di Rompin ketika saya dan family hadir ke majlis tersebut...
2 beradik hero ultraman ni anak kepada sepupu yang tinggal di Pekan..Dah mereka nak sangat bergambar kita layan jelah
Gambar ketika makan malam di sebuah restoran di ibu kota
Sabar menanti hidangan siap dimasak...
Kelihatan akak yg akan berangkat pulang ke Mesir mendengar nasihat dr kak Sya.(agak2nya Kak sya brkongsi pengalaman ketika dia belajar di Jepun dulu kot)
Bapa saudara sedang cek tiket penerbangan dan dokumen berkaitan sambil diperhatikan oleh ibu saudara,akak dan ibunda tersayang..
Detik-detik untuk berpisah antara 2 insan si ibu dan anak kian hampir..agaknya itulah yang merunsingkan fikiran ibunda...
Kelihatan di belakang sana akak saya melangkah untuk bergerak ke kawasan perlepasan antarabangsa bersama rakannya..
Sempat lagi saya minta mereka bergambar buat kali terakhir.Selamat berjuang nun di bumi Sungai Nil.Moga dipanjangkan umur untuk bertemu lagi 2 atau 3 tahun dari sekarang dengan segulung ijazah Al-Azhar..
(kawan akak saya yg berjubah hijau itu ada iras muka guru add math di TAHAP dulu,Cikgu Noraini bak kata pepatah "pelanduk 2 serupa")
Berakhir di sini sahaja posting kali ini.Moga kenangan pahit manis ini akan terus kekal abadi di memori masing-masing.insyaALLAH...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
ah, ya, tetap dalam benak, memori-memori dulu. lokman, yang tak aku tau dia ke seberang, sampailah membaca blog syahir. sangat rindu dia. hazman, dah lain rupa dia nampaknya; firdaus, orang hebat ni...hehe. hendak sgt bertemu kalian. untuk aku menebus salah silap dulu.
moga Allah rahmati kita semua, moga ketemu kita suatu ketika nanti adalah keranaNya, dalam suasana halawahnya iman.
ya, moga-moga!
Catat Ulasan