20 Mac 2010

Bedah filem..?



MUQADDIMAH

Pertamanya, saya akui filem Laskar Pelangi ini tidaklah sehebat dan segempar Ketika Cinta Bertasbih(KCB) yang telah berjaya menjadikan ia suatu fenomena di kalangan mereka yang mendahagakan filem Islamik. Punyalah hebat penangan KCB, sehingga ada di kalangan sahabat saya yang asyik bertutur ala Indon, yang mengaku dirinya hero KCB iaitu mas khairul azam pun ada. Alahai KCB.

Filem ini telah pun diterbitkan pada tahun 2008 sebenarnya diadaptasi daripada sebuah novel pertama karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Menurut web Wikipedia, novel ini tercatat sebagai buku sastera Indonesia terlaris sepanjang sejarah. Laskar Pelangi merupakan buku pertama dari Tetralogi Laskar Pelangi. Buku berikutnya adalah Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov.




SINOPSIS

Kisah ini terjadi di desa Gantung, Belitung Timur. Dimulai ketika sekolah Muhammadiyah terancam akan ditutup jikalau tidak mencapai pelajar baru sejumlah 10 orang. Ketika itu baru 9 anak yang menghadiri upacara pembukaan, akan tetapi tepat ketika Pak Harfan, guru besar sekolah, hendak berpidato menutup sekolah, Harun dan ibunya datang untuk mendaftarkan diri di sekolah kecil itu.

Daripada situlah cerita ini bermula. Mereka bersepuluh ialah ;

Ikal- Tokoh 'aku' dalam cerita ini. Ia berminat pada sastera, terlihat daripada kesehariannya yang suka menulis puisi. Dia menyukai A Ling, sepupu kepada A Kiong.

Lintang- merupakan anak terpintar dalam Laskar Pelangi. Ayahnya bekerja sebagai nelayan miskin yang tidak memiliki perahu dan harus menanggung kehidupan 14 anggota keluarga.

Sahara- satu-satunya gadis dalam anggota Laskar Pelangi. Sahara adalah gadis keras kepala berpendirian kuat yang sangat patuh kepada agama.

Mahar- memiliki bakat dan minat besar pada seni. Pertama kali diketahui ketika tanpa sengaja Bu Muslimah memintanya untuk bernyanyi di depan kelas saat pelajaran seni suara.

A Kiong- Anak Hokian. Keturunan Tionghua ini adalah pengikut sejati Mahar sejak kelas satu. Baginya Mahar adalah contoh orang yang baik.

Syahdan- Anak nelayan yang ceria ini tak pernah menonjol. Kalau ada apa-apa dia pasti yang paling tidak diperhatikan.

Kucai- Ketua kelas sepanjang generasi sekolah Laskar Pelangi. Ia menderita rabun jauh karena kurang gizi seimbang.

Borek- Dia selalu menjaga cirinya sebagai laki-laki macho.

Harun- memiliki masalah mental kurang cerdas ini memulai sekolah dasar (sekolah rendah) ketika ia berumur 15 tahun.

Trapani-seorang yang pandai dan baik hati ini sangat mencintai ibunya. Apapun yang ia lakukan harus selalu didampingi ibunya.

Laskar Pelangi - nama yang diberikan oleh guru kelas mereka iaitu Bu Muslimah. Hal ini kerana mereka amat suka akan melihat keindahan pelangi. Walaupun mereka ini bukanlah anak orang kaya dan bersekolah pula di sekolah yang serba kekurangan tetapi mereka berjaya membuktikan mereka juga mampu berjaya dengan mengharumkan nama sekolah dengan pelbagai cara. Antaranya menjadi juara dalam Karnival Ogos dengan membuat persembahan kebudayaan yang kreatif dengan menggunakan daun pokok dalam tarian orang asli. Dan 3 orang yang terpintar di kalangan mereka berjaya mengalahkan sekolah elit anak orang kaya dalam pertandingan kuiz ilmuan.


Laskar Pelangi mengarungi hari-hari menyenangkan, tertawa dan menangis bersama. Kisah sepuluh kawanan ini berakhir dengan kematian ayah Lintang yang memaksa Einstein cilik itu putus sekolah dengan sangat mengharukan, dan dilanjutkan dengan kejadian 12 tahun kemudian di mana Ikal yang berjuang di luar pulau Belitong kembali ke kampungnya. Kisah indah ini diringkas dengan begitu mengharukan oleh Andrea Hirata, kita bahkan mampu merasakan semangat masa kecil sekawan sepuluh Laskar Pelangi ini.




PENGAJARAN

Susah-payah dan jerit perih yang dialami oleh Bu Muslimah dan Pak Harfan dalam mempertahankan sekolah agama ini daripada terus ditutup. Sungguh menarik jawapan Pak Harfan apabila ditanya mengapa nak mempertahankan sekolah buruk yg hanya ada 10murid miskin ini ?

Sekolah Muhammadiyah ini berbeza daripada sekolah lain kerana ia bukan menilai daripada aspek akademik semata-mata tetapi agama yang menjadi teras.Akhlak mulia para pelajar dan ketulusan hati yang menjadi ukuran tiada taranya.

  • Kucai sbg ketua kelas pernah dinasihati oleh Bu Muslimah apabila dia kecewa dan ingin melepaskan begitu sahaja tugasannya itu. Dia diingatkan bahawa amanah ini benda yang berat dan ia akan disoal di akhirat sana.
  • Pak Harfan selalu menyelitkan sirah para Nabi dan sahabat untuk menarik hati anak-anak muridnya. Antara kisah yang dikongsi ialah Perang Badar yang mana 313 tentera Islam mampu mengalahkan yg ramai dengan adanya keteguhan iman utk melawan segala cabaran dan halangan musuh.
  • Kisah si Lintang yang mengayuh basikal setiap hari sejauh 80km demi menuntut ilmu. Bahkan dia terpaksa menempuhi jalan yang terdapat buaya di situ. Begitulah tanggungjawab pemuda untuk menempuhi segala susah payah untuk mendewasakan lagi diri dan mengenal erti sebuah kehidupan.
  • Mutiara kata nasihat Pak Harfan yang sering diulang apabila bersama anak murid kesayangannya. Jangan pernah menyerah;

“HIDUPLAH UTK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA BUKAN UNTUK MENERIMA SEBANYAK-BANYAKNYA.”


PENUTUP

Sebagai akhirnya, saya merasakan filem Laskar Pelangi ini memang wajar ditonton oleh segenap lapisan masyarakat untuk kita ambil intipati pengajaran yang sungguh bermanfaat buat semua yang bergelar pendidik dan penuntut ilmu khususnya.

Tidak ada salahnya menonton cerita sebegini yang sememangnya lebih berfaedah daripada melihat lambakan filem tahyul,rempit dan bermacam-macam lagi filem Malaysia yang saya lihat masih belum mampu membuka minda kita untuk berubah ke arah lebih baik. Bahkan saya merasakan pelbagai adegan yang tak senonoh dimasukkan itu (kononnya atas sebab untuk dijadikan pengajaran )tetapi hakikatanya sebagai ‘pelaris tiket wayang’.

Tahniah buat penulis novel ini dan warga produksi filem Laskar Pelangi Cuma ingin saya sebut di sini sewajarnya apabila jalan cerita yang berkait dengan sekolah agama maka pemakaian pelajar dan gurunya pun wajar menunjukkan kesempurnaan Islam. Apa yang saya lihat dalam filem ini pelajar lelakinya memakai seluar pendek manakala guru perempunnya pula memakai tudung ala ‘mak datin’ yang berjambul,rambutnya keluar. Moga ada peningkatan di masa hadapan .Sekian..