07 April 2010

Sepintas lalu


Masa berlalu begitu pantas.Persoalan yang sering timbul dalam diri ialah adakah aku telah memanfaatkan masa yang telah berlalu..? Semua manusia diberikan nikmat 24jam sehari tanpa ada yang terkurang dan terlebih. Ramai orang memberikan alasan tidak dapat berbuat sesuatu kerana kekangan masa yang tidak mencukupi.Kita perlu sedar bahawa bukan masa yang menjadi puncanya, hakikatnya ialah keGAGALan diri sendiri dalam menguruskan masa dengan baik. Cuba kita perhatikan kembali dalam hidup seharian kita berapa banyak masa yang telah dihabiskan untuk membuat aktiviti yang tak berfaedah?

Di situlah letak puncanya.Muhasabah diri dan mujahadah boleh dijadikan asas dalam perubahan diri ke arah yang lebih baik.Bukankah manusia yang beruntung ialah mereka yang lebih baik daripada hari semalam, golongan yang rugi pula ialah mereka yang sama sahaja harinya tanpa ada peningkatan. Jauhkanlah diri kita daripada termasuk dalam golongan celaka apabila hari ini lebih buruk daripada semalam.

Sebagai penutup,kita hayati maksud firman Allah dalam Surah al Asr;

1. Demi masa.

2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan saling nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.



Nota: Akhirnya sem 2 telah pun tamat. Kini tiba masanya untuk pulang ke kampung halaman.

Tiada ulasan: