18 Mei 2009

ISLAM VS SEKULARISME

Dalam kedinginan air-cond kelas di Lecture Room3 IRK 1.28, Doktor Fatmir Shehu bertanya kepada  siswa-siswi yang berada di dalam kelas subjek Islamic Worldview tersebut; 
“Do you think Malaysia is an Islamic country..?”           

Kelas yang memang sejak daripada awal tadi sunyi-sepi terus sunyi.Soalan beliau tadi

masih belum terjawab,tidak lama kemudian barulah ada terdengar suara seorang mahasiswi yang duduk di barisan hadapan kelas menyawab;

“Yes,I think Malaysia is an Islamic country.”

Lantas,dijawab oleh Dr Fatmir; “Malaysia is a Muslim country not an Islamic country..”

Ya, jawapan lecturer itu sama pula dengan jawapan dalam hati saya. Sengaja saya tidak menjawab soalan beliau secara lisan kerana ingin mendengar terlebih dahulu pandangan rakan lain di dalam kelas tersebut.

(Hehe,sebenarnya saya takut untuk ‘speaking english’ di dalam kelas lebih-lebih lagi lecturer yang berasal dari luar  negara)


Persoalan samada Malaysia negara kita yang tercinta ini sebuah Negara Islam atau tidak memang agak menarik untuk diperbahaskan.


Siapa yang bersetuju dengan saya untuk mengatakan Malaysia ini  BUKANlah sebuah Negara Islam.?


Pada pandangan saya yang serba  jahil lagi hina, Negara kita masih tidak layak untuk bergelar ‘negara Islam’ kerana sudah ternyata teras utama sesebuah Negara iaitu perlembagaan kita tidak bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah. Perlembagaan kita merupakan ‘hasil kerja tangan’ puak penjajah British dahulu melalui penubuhan Suruhanjaya Lord Reid.Ia masih digunapakai sehingga kini.


Betapa liciknya penjajah ini,walaupun mereka membebaskan tanahair kita daripada cengkaman pemerintahan mereka  tetapi tidak semudah itu kemerdekaan diberikan.Penjajah British telah pun memikirkan tentang masa depan Negara ini mestilah senantiasa di bawah telunjuk mereka.Dengan cara apa mereka melakukannya..? 

Tidak lain tidak bukan pastilah dengan menanam dan menyemai ideologi ‘Sekularisme’ ke dalam setiap lubuk sanubari penduduk negara ini secara khususnya umat Islam.


Tidak cukup dengan itu,pihak penjajah kuffar ini juga memastikan ‘pewaris’ pemerintahan tanahair ini mestilah terdiri daripada golongan pemimpin yang berfikiran sekular seperti mereka dan inilah yang terus berkesinambungan sehingga ke saat ini.

Bilalah agaknya umat Islam nak sedar ye...?


SEKULARISME.. Apa pula maknanya ini.?

‘Secular; perkataan dalam bahasa Inggeris ini berasal daripada bahasa latin iaitu- ‘saeculum’. Daripada aspek bahasa ia bermakna ‘dunia/zaman ini’

Menurut Harvey Coy di dalam bukunya “The secular city”, sekularisme ini bermaksud; “the liberation of man from religious and metaphysical tutelage , the turning of his attention away from other worlds and forward this one”.


Tidak mengapalah kalau tak faham definisinya,yang penting dalam bahasa mudahnya sekularisme ini ialah 1 ideologi yang memisahkan agama daripada aspek kehidupan. 

Ia beranggapan bahawa agama hanyalah hal individu dan soal peribadi masing-masing serta tidak boleh dimasukkan dalam kehidupan bermasyarakat.



Bagi kita yang beragama Islam,Tuhan kita hanyalah Allah Maha Esa dan musuh ketat kita ialah syaitan namun bagi yang mengamalkan ideology ini tuhan mereka ialah ‘Kemajuan’ dan mereka bermusuhkan ‘inflasi’ kerana ini akan mengganggu proses kemajuan yang ingin dicapai.


Pihak kafir sedar bahawa mereka tidak akan mampu memusnahkan ‘agama Islam’ yang sentiasa dilindungi oleh Allah.Namun,mereka tidak mengalah lalu disebarkan pelbagai ideology contohnya sekularisme ini dengan harapan supaya ‘umat Islam’ dapat dimusnahkan melalui serangan pemikiran. Agak-agaknya sudah berapa ramai di kalangan kita umat Islam di Malaysia ini yang telah diracuni dengan ideologi sekularisme ini.


Secara rumusannya,mana mungkin kita nak mengaku sebuah Negara Islam sedangkan Islam itu tidak diletakkan di tempat yang tertinggi..! Sepatutnya Islam yang memerintah bukan diperintah. Senario yang berlaku hari ini,Islam itu hanya digunapakai dalam aspek ibadah semata-mata seperti solat,puasa dan zakat. Mereka juga hanya mengambil sebahagian juzuk Islam yang disukai oleh hati sahaja manakala aspek seperti ekonomi Islam,perundangan Islam,tatacara sosial Islam,politik Islam entah ‘dicampak’ ke ceruk mana.  

Mungkin kita terlupa bahawa Allah telah pun berfirman dalam surah Ali Imran ayat ke 19 dengan membuat pengisytiharan bahawa satu-satunya ad-din(the way of life) yang diredhai di sisiNya hanyalah Islam.



19.  Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. tiada berselisih orang-orang yang Telah diberi Al Kitab[189] kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, Karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah Maka Sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.


Ayuh,sedarkanlah mereka yang masih terlena dalam buaian itu...!

Tiada ulasan: