“Kadang-kadang kita minta kpd Allah setangkai bunga segar,DIA beri kaktus berduri.kita minta kupu-kupu,diberi ulat bulu.kita sedih dan kecewa.. Namun,kemudian kaktus itu pun berbunga manakala ulat itu berubah menjadi kupu-kupu yang cantik.Itulah jalan Allah yang indah pada masanya.DIA tidak memberikan apa yang kita harapkan tapi DIA berikan apa yang kita perlukan. Kadangkala kita sedih,kecewa, dan terluka tapi kita jangan lupa nun di sana Allah telah mengatur segala yang terbaik buat kita”..
Sekali imbas mutiara kata yang saya dapat melalui sms ini tidaklah mempunyai makna yang mendalam.Namun,setelah ia benar-benar berlaku dalam kehidupan realiti barulah saya mengakuinya..
Bukankah Allah telah pun memberi peringatan kepada umat manusia melalui firmannya dalam surah al baqarah ayat 216 yang bermaksud:
216. Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.
Pada sangkaaan kita sesuatu perkara adalah baik buat diri kita namun,hakikat sebenarnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.Begitulah kita yang bergelar hamba perlu akur dengan segala ketentuanNYA. Tidak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan.Sungguh hebat lagi Maha Agung nya Allah kerana Dia masih mengabulkan segala permintaan hambaNYA yang meminta macam-macam perkara walaupun kita sering kali juga melanggar titah perintahNYA.
Kisah pun bermula....
>>>Sebelum tamat pengajian di peringkat asasi,saya telah memohon untuk masuk ke Kampus Utama UIA Gombak untuk kemasukan pada semester pendek iaitu 28 April.Kononnya dengan penuh yakin pasti dapat masuk ke situ lebih awal.Sehingga saya berjaya memujuk sahabat lain yang pada asalnya mereka merancang untuk masuk pada semester panjang bulan Julai untuk bersama mendaftar pada bulan April.
Cuti pun bermula sehinggalah keputusan final exam sem akhir diumumkan. SEDIH + KECEWA itulah jawapannya.Saya terpaksa menduduki semula(resit) kertas matematik 4 kerana gagal dalam final exam.Secara automatik perancangan untuk masuk ke main campus pada bulan April tidak menjadi kerana pihak Admission & Record telah menetapkan pelajar yang ada resit paper perlu mendaftar pada bulan 7.Jadi TAMATlah perancangan saya sebelum ini.
Dengan rela hati dan persediaan yang termampu dilakukan seiring doa daripada keluarga dan para sahabat,saya menduduki exam resit tersebut di Pusat Asasi UIA PJ.Debaran menunggu result kembali menjengah.Hanya Allah yang tahu betapa gementarnya hati kerana kalau gagal lagi saya terpaksalah mendaftar semula di CFS untuk mengulang subjek tersebut.Pada 10 April selepas sahaja solat Jumaat,keputusan pun keluar.Pada awalnya memang tak percaya apabila mendapat tahu yang saya lulus exam tersebut melalui sms daripada Shafie.(manalah tahu dia bergurau je) Setelah saya sendiri cek keputusan tersebut melalui laman web dan tertera huruf ‘PR’ yang bermaksud pass resit maka tidak ada kalimah lain yang sepatutnya diucapkan melainkan ALHAMDULILLAH dan sujud syukur.
Keesokan harinya saya mendapat ‘hadiah’ daripada bonda tercinta iaitu sebuah laptop yang dibeli di PC Fair.Cuma yang lawaknya sepatutnya saya yang memberikan hadiah kepada ibu kerana 11 April merupakan hari lahirnya tapi kini terbalik pula. Sebenarnya, laptop itu bukanlah hadiah sebab lulus resit kerana ibu memang dah berjanji untuk membelinya sebelum mendaftar ke Main Campus.(mungkin kebetulan serentak dengan pc fair).
Setelah itu,perancangan baru pula dirancang untuk mengisi masa cuti panjang sehingga bulan 7.Antara cadangannya ialah untuk mengambil lesen kenderaan dan memohon jadi guru sementara.Di samping itu,pada kesempatan yang ada saya turut membantu ibu dan ayah berniaga di gerai pada sebelah siangnya. Begitulah aktiviti semasa cuti yang dilakukan sehingga menjelang 28 April.
Sempat juga saya menghadiri ‘program kenal diri’ yang sungguh bermanfaat. Pada pagi Isnin 27 April,saya pergi ke cyber cafe di Bandar Jerantut untuk mencetak surat tawaran kemasukan bulan 7 dan mengemaskini biodata.
Alamak,kejutan pun berlaku..! Di dalam surat tersebut tertera :
“ADMISSION INTO UNDERGRADUATE PROGRAMME IN SEMESTER 3, 2008/2009 SESSION (APRIL 2009 INTAKE)”
ALLAHUAKBAR..saya begitu terkejut kerana tiba-tiba ditawarkan semula untuk mendaftar sem pendek iaitu pada keesokan paginya.Untuk mendapat kepastian saya menghubungi seorang pegawai di bahagian A&R.Dia mengesahkan yang pihak university bersetuju untuk menawarkan kembali kepada pelajar yang lulus pesit exam untuk mendaftar pada bulan April. Saya masih diberi pilihan untuk menerima atau menangguhkan tawaran tersebut untuk kemasukan bulan 7.Setelah membuat ‘perbincangan tergempar’ dengan ahli keluarga,saya bersetuju untuk menerima peluang kedua yang diberi ini walaupun persediaan untuk mendaftar 0%.
ALHAMDULILLAH,pada pagi 28 April saya mendaftar di Mahallah Ruqayyah (pelik juga sebab ditempatkan di kolej kediaman perempuan) dengan ditemani ibu,ayah dan ibu saudara.Kini,amanah besar menanti saya untuk menunaikan impian diri sendiri dan keluarga.Ketika melangkah masuk ke UIA Gombak, saya telah membayangkan 1001 cabaran getir menanti lebih-lebih lagi jurusan yang diambil ialah “ijazah kejuruteraan”.
Kini,saya baru sahaja selesai menjalani Taaruf Week selama 4 hari. Saya akui program ini memang bermanfaat terutama kepada kami pelajar baru untuk mengenali UIA dengan lebih mendalam.Sungguhpun demikian,saya merasakan terdapat 1 aspek penting yang patut diambilkira oleh pihak penganjur. Maaf,jikalau saya mengatakan tahap pergaulan/ikhtilat antara muslimin dan muslimat tidak melambangkan identiti Islamic university. Mungkin ada yang berkata blog ini bukanlah ‘channel’ yang tepat untuk menyuarakan teguran. Tetapi ingatlah,hakikat yang sepatutnya disedari oleh semua orang bahawa Islam itu bukan sahaja tertegak pada slogan atau pun teori bahkan ia lebih daripada itu iaitu pengamalan dan praktikalnya patut diutamakan.
<<< kisah dah tamat...
....ada 'permata di sebalik kaca itu....
Walaupun kadangkala kita mengalami kepahitan ataupun kesusahan dalam menempuh ujian,tapi Yakinlah ALLAH pasti akan memberikan kemanisan dan kesenangan bila tiba waktunya..
Di sini saya ingin berkongsi sedikit gambar kenangan yang diambil melalui camera handphone yang ‘tak berapa nak canggih’..
NOTA: Alhamdulillah,berjaya juga akhirnya menyiapkan posting kali ini setelah mendapat isyarat teguran daripada sahabat kerana membiarkan blog ini berhabuk.MAAF kepada semua..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan