04 Januari 2009

Bumi Palestin terus berdarah..


Di saat saya menulis ini,khabar sedih lagi menyayat hati dari bumi Palestin masih belum ditemui penghujungnya.Bermula malam tadi Israel Laknatullah telah mula menyerang Gaza melalui jalan darat.Lengkap dengan pelbagai artileri dan kereta kebal yang menghalakan sasarannya tanpa mengenal usia.Di samping itu, serangan udara menggunakan jet yang menggugurkan bertan-tan bom sejak hari pertama operasi jahat ini bermula masih diteruskan dengan memperbanyakkan lagi sasaran hatta ke atas masjid di kala umat Islam beribadah di dalamnya.Angka korban terus meningkat mencecah lebih daripada 450 nyawa dan ribuan yang lain cedera.

Apa perasaan kita apabila mengetahui insiden malang ini..?
Amat malanglah dan lagi hina sek
iranya ada dalam kalangan kita khususnya umat Islam sekiranya kita tidak ada langsung tercetus dalam hati nurani perasaan sedih,simpati,geram dan marah.Tapi cukupkah sekadar itu sahaja? Bukankah amanah dan tanggungjawab untuk membebaskan bumi Palestin daripada terus dijajah dan dihina sedemikian rupa terletak di atas bahu semua umat Islam...!Tidak kira bangsa mahupun kedudukan geografi yang memisahkan, kita WAJIB untuk melaksanakan amanah ini.

Namun,malangnya berapa ramai pula di kalangan kita yang tahu,sedar, atau ingat akan 'TASK BESAR' yang kita pikul ini..?Cuba kita pe
rhatikan realiti yang berlaku di negara kita sendiri.Di saat saudara kita di Palestin diserang dari segenap sudut hinggakan nyawa menadi taruhan, apa yang berlaku di malam ambang tahu baru 2009..? Tanpa ada sekelumit pun rasa bersalah mahupun tanda simpati atas apa yang dirasai saudara kita di Palestin,mereka terus mengadakan PELBAGAI KONSERT HIBURAN YANG MELALAIKAN..! Yang amat menyedihkan lagi majlis2 hebat ini turut disokong dan dihadiri oleh mereka yang bergelar 'pejuang bangsa dan agama'.Di mana mereka letakkan sensitiviti sebagai orang yang beregelar muslim..? Sungguh meluat lagi meloyakan apabila melihat gelagat tawa-riang mereka ini yang disiarkan secara live di kaca tv.Dengan keadaan bergaul-bebas antara lelaki dan perempuan,berpakaian yang amat menyakitkan mata terkinja-kinja meraikan kedatangan 2009.Apa yang digembirakan sangat itu tidaklah saya ketahui.
(agaknya inilah kriteria utama 'negara Islam contoh' yang dibanggakan s
angat itu)

Tidak ada jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini melainkan "KEMBALILAH KEPADA ISLAM".Bukankah Allah telah menurunkan Al-Quran sebagai panduan dan Sunnah Rasulullah sebagai ikutan suri tauladan yang sudah tentu tidak akan membawa kita ke lembah kehinaan dan kesesatan.

Sabda Nabi:
"Aku tinggalkan kamu semua 2 perkara yang tidak akan menyesatkan kamu selamanya selagimana kamu berpegang teguh keduanya iaitu:Al-quran dan Sunnah Rasul"

Hanya dengan tertegaknya Islam melalui penubuhan kembali sistem khilafah yang pasti dapat menyatukan seluruh umat Islam di dunia ini sahaja lah yang mampu menggerunkan kuffar sekaligus membebaskan kembali bumi Palestin.Sama-samalah kita berusaha ke arah itu.Wallahua'lam.


Nota: Tolong sebarkan berita kezaliman Israel ini kepada seluruh ahli keluarga,sanak-saudara dan sahabat-handai kita yang mungkin ramai lagi yang belum tersedar tentangnya.

Tiada ulasan: