Memaparkan catatan dengan label syukur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syukur. Papar semua catatan
16 April 2011
Pesan buat diri..
Firman Allah yg bermaksud;
2. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
3. Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Surah al-Ankabut:2-3)
Kehidupan manusia ini ibarat pelayaran sebuah bahtera.
Perjalanan yang jauh diuji pula dengan badai dan taufan yang melanda.
Justeru, insan memerlukan keimanan dan kesabaran yang tinggi untuk meneruskan pelayaran hidup agar sampai dengan selamat ke destinasi yang diipikan, syurga yang kekal abadi.
Kebiasaannya, hidup kita ini senantiasa dihiasi dengan coretan indah lagi manis yang membuatkan kita tersenyum gembira.
Namun,ada juga ketikanya hidup ini dilukai dengan parutan pahit lagi pedih yang membuatkan kita duduk terdiam tak terkata.
Inilah,resam hidup manusia yang begitu rencam.
Allah telah menetapkan setiap perkara itu pasti dengan hikmahNya yang tersurat lagi tersirat.
Ada masa kita bergembira, di lain masa kita berduka.
Ada masa kita ketawa riang, di lain masa kita menangis kesedihan.
Ada masa kita sentiasa ingat pd Yang Maha Esa, di lain masa kita alpa mengingatiNya.
Ada masa kita tekun beribadah kpdNya, di lain masa kita mengabaikan kewajipan kita.
Tidak ada wadah lain yang patut kita gunakan,selain daripada wahyu Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W untuk memacu kita ke jalan Siratul Mustaqim.
Peringatan buat diri ini yang sering leka dan lalai, kembalilah ke jalan yang lurus demi menggapai redha Ilahi..
NOTA: Video yang saya kongsikan dalam posting ini merupakan video motivasi buat diri ini yang tak pernah saya jemu untuk ulang dan dengar terutama ketika saya berasa sedih dan lemah semangat.
Setiap baris kata yang beliau gunakan begitu dalam maksudnya serta mampu menyentuh hati dan perasaan mereka yang mendengarnya.
Selamat menghayati.
25 Oktober 2010
CATATAN ISTIMEWA
Alhamdulillah, di saat saya menulis catatan ini baru sahaja menyambut hari kesyukuran kepada Ilahi di atas kurniaan nikmat hidup selama 21 tahun. Tidak ada lain yang patut saya ucapkan melainkan seinfiniti kesyukuran melainkan hanya kepada Allah Yang Maha Esa kerana memberi saya kesempatan untuk merasai nikmat hidup di dunia ini. Namun, nikmat hidup ini tetap jadi sia-sia jikalau kita tak mendapat nikmat yang paling besar iaitu Islam dan Iman yang menjadi pembeza antara kita Muslim dan orang kafir.
Bagi setiap Muslim, syukur itu wajib pada setiap masa dan ketika. Tidak semestinya hanya ketika menyambut hari ulangtahun kelahiran. Nikmat yang Allah kurniakan kepada setiap hambaNya terlalu banyak sehingga tak mampu dikira oleh kita. Daripada sekecil bulu roma sehinggalah sebesar alam semesta ini tidak akan wujud melainkan hanya dengan kekuasaan Allah. Itulah antara sebab dalam bacaan solat, zikir, Al-Quran terkandung ucapan puji-pujian buat Allah Maha Agung. Tidak ada sebab untuk kita manusia berlagak angkuh dan sombong kerana segala yang kita dapat di dunia ini adalah pemberian daripada Allah.
Dalam kegembiraan kita hidup di dunia tapi jangan sampai terlupa bahawa hidup ini tak kekal abadi. Tiba masanya nanti, tak terlambat atau tercepat walau sesaat ajal kita akan tiba. Setiap yang bernyawa pasti akan dipanggil kembali menghadap Yang Menciptanya. Jadi, kita perlu senantiasa persiapkan diri untuk melangkah ke alam akhirat yang kekal abadi.
Ibarat seorang pengembara yang ingin berjalan jauh, pasti dia mempersiapkan diri dengan pelbagai kelengkapan seperti pakaian, makanan, dan barangan keperluan lain untuk digunakan sepanjang perjalanan nanti. Begitulah jua, kita semua insan yang hanya menetap sementara sahaja di bumi ini dan tiba masanya nanti kita akan bermusafir kea lam yang kekal abadi. Persoalannya, adakah kita sudah membuat persiapan yang secukupnya untuk berpindah ke alam tersebut..?
Tidak semua yang ada di muka bumi ini kita boleh bawa. Pangkat tinggi, kereta mewah, rumah besar, harta bertimbun, isteri cantik dan bermacam-macam lagi yang kesemuanya tak boleh kita bawa bersama ke dalam kubur. Ingat pesan Nabi, “Apabila mati anak Adam maka terputus segala amalannya melainkan sedekah-jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh”.
Dengan masa yang masih tersisa yang kita sendiri tidak tahu bila akan dipanggil menghadap Ilahi maka bersiap-sedialah kita dengan amalan masing-masing. Bak kata Dato’ Tuan Ibrahim, “Mati itu tidak syarat tua, mati itu tidak syarat sakit”. Hanya pengabdian secara total kepada Allah yang wajib kita lakukan dengan sentiasa mengharap redha Allah agar kita dapat mencapai impian bersama setiap Muslim iaitu menjadi ahli jannah.
Di akhir catitan istimewa ini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah menghantar ucapan selamat hari lahir kepada saya termasuklah melalui sms, ucapan di fb dan lain-lain.
Jutaan terima kasih dan penghargaan yang tak terhingga buat Ummi dan Abah yang meraikan hari lahir saya pada Sabtu lepas dengan membawa saya makan di restoran di bandar Jerantut. Siapalah saya hari ini tanpa ada belaian kasih mesra dan didikan oleh mereka berdua.
Begitu juga ucapan terima kasih buat kakanda saya Syed Ahmad Faiz yang sudah hampir menyiapkan pengajian peringkat Masternya di UM. Moga sentiasa berbahagia bersama isteri dan anak sulungnya Syarifah Alyaa Nabiha (27 Oktober ini genap setahun umurnya).
Tidak lupa juga kepada kakanda saya, Saripah Faizah yang dirindui nun di Al-Azhar Mesir yang sudah lebih 2 tahun kita tak bersua muka.
Buat adinda bongsu, Saripah Fadhilah yang sedang menuntut ilmu dakwah di Universiti Sultan Zainal Abidin di Terengganu, didoakan agar terus gigih untuk memburu kejayaan.
Entah mengapa sambutan hari lahir tahun ini agak istimewa. Ini membuatkan saya teringat kembali kepada memori manis ketika ulangtahun ke 17 pada tahun 2006. Saya tatap kembali rangkuman video ucapan selamat oleh teman-teman seperjuangan di TAHAP dahulu. Geli-hati melihat telatah mereka yang bermacam itu. Terselit juga perasaan sebak dan rindu untuk menikmati kembali saat pahit-manis berada di bumi bertuah SMKA TAHAP selama 5 tahun. (terima kasih buat sahabat yang bersusah-payah menyiapkan video tersebut dan dihadiahkan dalam bentuk CD kepada saya)
Sebenarnya, sengaja saya pulang ke kampung menjelang tarikh 23 Oktober lepas kerana gerak hati kecil saya berkata akan ada beberapa perancangan ‘luarbiasa’ terhadap saya menjelang hari Sabtu..haha..Kesian buat yang merancang, mangsa sasaran anda tidak ada di bumi UIA ketika itu.
Roomate saya masih tak berpuas hati nampaknya. Mereka sambung pula dengan plan B iaitu cubaan mengenakan saya apabila pulang dari kampung. Perancangan ‘jahat’ mereka telah pun saya hidu sejak sms unknown person masuk dalam inbox message pada tengah malam Sabtu. Saya terus meneka dan risau juga jikalau dikenakan dengan teruk.
Akhirnya, perancangan mereka buat kesekian kalinya gagal apabila ada yang ‘terkantoi’ memberitahu hint apa yang akan berlaku dan ada pula yang tak sempat menyorokkan voucher pembelian. Lebih malang lagi, hasrat mereka untuk mempergunakan ‘abang pizza domino’ juga tak menjadi kerana dia terus menghantar tempahan pizza tersebut ke pintu bilik tanpa menghubungi no handphone saya yang mereka berikan kepada operator panggilan.Haha…apa boleh buat..? Perancangan untuk memerangkap saya gagal malah saya pula yang mengenakan mereka.
Pesan saya buat roommate; “Jangan kecewa, tahun depan anda rancanglah molek –molek lagi. Sampai plan Z lagi bagus. Saya tunggu saat itu..hehe.jangan marah ye Azam, Firdaus & Syafiq.”
imbauan memori indah
kenangan di hari konvo abg Faiz pd tahun 2008
Alyaa menjadi penyeri kelurga kami
genap umurnya 1 tahun pd 27 Oktober ni
bumi Tahap yang dirindui
keceriaan bersama putera 5 IS 2006
putera 5IK 2006
sahabat seperjuangan kepimpinan TAHAP yang tak akan dilupakan
terima kasih atas sambutan yang diberikan
telatah roomateku
Langgan:
Catatan (Atom)