Alhamdulillah,berkesempatan juga mencuri masa untuk mengemaskini blog ini ketika bertandang ke rumah abang yang mengadakan rumah terbuka
hari ini. Syawal pun akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi.Jadi sebelum terlewat,saya akan mencoretkan sedikit kisah sambutan syawal di kampung baru-baru ini.
Sepertimana dahulu suasana kemeriahan menyambut lebaran pastilah dengan rasa riang gembira dan penuh kesyukuran.Cuma yang membezakannya setiap tahun ialah peningkatan usia yang menyebabkan 'mood raya' semakin berkurangan berbanding ketika alam kanak-kanak dahulu.Ada orang kata bila dah dewasa ni duit raya pun payah nak dapat tapi bagi saya itu bukanlah persoalannya.Malahan,adakala tangan yang menghulur itu apabila melihat orang yang nak diberinya ini dah besar maka sampul duit raya itu itu diisilah dengan nilai wang yang lebih besar.(alhamdulillah,kutipan duit raya saya kali ini meningkat,hehe).
Tahun ini kami beraya dengan bilangan ahli keluarga seramai 5+1.Sepatutnya ada 7 orang tetapi akak yang berada di Al Azhar Mesir tidak pulang ber
cuti kali ini manakala yan
g +1 itu pula termasuklah baby pertama yang masih lagi dalam kandungan kakak ipar. Huh,dijangka awal November ini saya menjadi lebih tua apabila mendapat gelaran 'pak cik'.
Pada malam raya itu,kami membakar sate dan menyiapkan makanan untuk dihidang di pagi raya iaitu mee sup dan nasi impit.Kuih raya semuanya telah dibuat pada minggu terakhir Ramadahan oleh ibu dengan bantuan anakandanya yang rajin ini.Hehe
Pagi 1 Syawal kami bersiap dengan baju raya masing-masing untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri.Kemudian.bergegas pulang ke rumah kerana tahun ini 'pelan perjalanan' rombongan beraya orang kampung telah berubah.Kebiasaannya,rumah kami menjadi antara
stesen terakhir ziarah raya namun tahun ini teratak atas bukit ini pula menjadi 'stesen starting point' iaitu dari hulu ke hilir kampung.Saya pun ikut serta rombongan itu berziarah ke setiap rumah.Ahli rombongan yang terdiri daripada pelbagai usia ini mengisi perut dengan hidangan yang beran
eka jenis sehingga tak terlarat untuk saya memakannya.(hanya sekadar menjamu mata sahaja).
Aktiviti yang bermanfaat begini tidak patut dilepaskan peluang untuk menyertainya kerana ia da
pat merapatkan kembali jurang persaudaraan dan mengeratkan lagi ukhwah sesama muslim apatah lagi sekampung.Pelbagai telatah orang tua dan anak muda dapat saya lihat.Antara yang menggelikan hati apabila ada seorang pak cik yang digelar "Ibrahim kambing" (bukan mengatakan dia kambing tetapi dia terkenal kerana ada memelihara kambing) setiap rumah yang dikunjungi dia akan meminta 'air bateri' kerana ingin menguatkan tenaga untuk berziarah pada hari tersebut.Air bateri yang dimaksudkan itu bukanlah air bateri kereta tetapi 'air kosong' yang lebih bagus berbanding air manis yang bermacam perisa itu.
Setelah rombongan beraya tamat menjelang waktu zohor, masjid menjadi 'ending point' dengan mendirikan solat zohor berjemaah.Hari raya pertama ini,ahli keluarga kami sibuk melayan saudara-mara yang berkunjung tidak putus-putus sehingga ke malam hari.Memang ramai sehinggakan kuah sup tulang seperiuk pun habis hari itu.
Hari raya kedua pula saya bersama Che Faiz,Ikram,Hazman dan Shukrillah beraya ke
rumah kawan-kawan di sekitar Jerantut.(pada asalnya ada lagi sahabat yang ingin sertai tapi apakan daya dia ada masalah kerosakan motornya yang tersayangitu,hehe). Rumah terakhir yang saya kunjungi hari itu ialah rumah Che Faiz.Selepas solat maghrib kami pun bertolak pulang.
(entah apa yg diceritakan oleh si hazman,
dengar boleh percaya belum tentu.hehe)
Hari raya ketiga saya menerus
kan lagi ekspidisi raya dengan team lain pula iaitu Kamalrul,Shafie dan Rifai.Apabila si Shukrillah pun ikut serta lagilah kecoh dan riuh di dalam kereta yang dipandu oleh driver tahunan kami iaitu Cikgu Kamalrul. Banyak juga rumah yang kami lawati termasuklah sempat berziarah ke rumah sahabat yang ditimpa kemalangan pada hari terakhir Ramadhan.Kesian melihat keadaan Imran yang menanggung kesakitan akibat kecederaan tersebut di kala orang lain sibuk bergembira menyambut hari raya.
Pasti ada hikmahnya apabila diuji oleh Yang Maha Esa.Kali ini dia yang diuji dan akan tiba pula di masa depan giliran kita pula diuji oleh Allah Yang Maha Kuasa. Lawak pula melihat Imran terpaksa
menahan ketawa (jahitan di dagunya yg belum pulih) apabila si Shukrillah tak habis-habis pelbagai gelagatnya.Bakal doktor yang kami bawa pun iaitu Doktor Rifai pun hanya mampu melihat pesakit kerana dia belum pun lagi habis pengajian di
Jordan.Ekspidisi hari raya ketiga itu juga tamat seperti hari raya kedua iaitu selepas solat maghrib.. Tahun ni nampaknya beraya sakan saya dengan kawan-kawan cuma ke daerah Kuantan dan Lipis sahaja yang belum saya jelajahi.Mungkin kena tunggu 2015 kot.haha
Raya keempat masa untuk bersama keluarga tercintalah pula setelah puas beraya dengan kawan-kawan lama di TAHAP dulu.Begitulah sahaja catatan indah Aidilfitri kali ini.Moga bertemu lagi di tahun hadapan...
Apa lagi yg diketawakan tu Shukrillah..?
"Bersabarlah ye Imran"
Bergaya di depan kereta Che Faiz..eh,silap ayah Che Faiz.
>>>>>SALAM AIDILFITRI<<<<<<
>>>>>>MAAF ZAHIR &BATIN<<<<<<<
Tiada ulasan:
Catat Ulasan