28 Ogos 2009

Ya Ramadhan..


Ramadhan menjelma lagi..Seluruh umat Islam sedunia menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Bulan yang amat dikenali dengan pelbagai kelebihannya.
>Bulan yang diturunkan kitab pedoman hidup manusia iaitu Al-Quran.
>Bulan yang terdapatnya malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul Qadr.
>Bulan yang Allah limpahkan rahmat,maghfirah dan jaminan pembebasan daripada api neraka
>Bulan yang mengandungi pelbagai sejarah agung Islam seperti Perang Badar,Fathul Mekah, persiapan menghadapi perang Khandak,kemenangan besar Islam yang dipimpin oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dalam perang Salib.

Allah ada berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183-186 yang bermaksud;

183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,


184. (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan[114], Maka Itulah yang lebih baik baginya. dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui.


185. (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.


186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.


Antara hadis Nabi yang berkaitan bulan Ramadhan;

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud :

Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-


Begitulah catatan serba sedikit berkenaan bulan Ramadhan.

Persoalan akhir yang ingin saya lontarkan kepada diri sendiri dan sahabat sekalian ialah;

Adakah ibadah kita pada Ramadhan kali ini lebih baik lagi berbanding tahun sebelum ini..? Samada terdapat peningkatan,sama sahaja atau lebih teruk..?

" Ya Allah,kami hambaMu yang lemah lagi hina ini memohon agar dapat kami mengharungi cabaran dalam menempuhi bulan Ramadhan ini sehingga ke penghujungnya."

Semoga kita dapat mencapai matlamat untuk meningkatkan lagi tingkatan TAKWA & IMAN kepada Yang Maha Esa.Amiin.

>>>>>>>>>>>>>>RAMADHAN KAREEM<<<<<<<<<<<<<<



19 Ogos 2009

Yang kita lupa..



Benar sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam memperingatkan kita tentang 5 perkara sebelum 5 perkara:

v Sihat sebelum Sakit

v Muda sebelum Tua

v Kaya sebelum Miskin

v Lapang sebelum Sempit

v Hidup sebelum Mati



Seringkali apabila kita sudah mendapat nikmat daripada Allah,kita lupa untuk menghargainya dengan sebaik mungkin. Seperti contoh,ketika kita tubuh badan sihat kita tidak pula mahu meningkatkan amal ibadah dengan sebanyak mungkin.Apabila badan diuji sedikit dengan demam ataupun penyakit lain, ketika itu barulah nak mengingati Allah.



Begitulah jua buat diri kita yang masih mendapat nikmat usia ‘muda’ ini. Selalunya kedengaran orang berkata “waktu muda nilah nak enjoy habis-habisan,tua nanti taubatlah banyak-banyak”.Tanggapan beginilah yang menyebabkan ramai di kalangan anak muda yang jatuh terjerumus ke lembah gejala sosial dan maksiat.



Kita yang masih bergelar anak muda ini, janganlah mudah terlupa bahawa Allah telah memberitahu sekalian hambanya bahawa apabila tiba ajal seseorang itu tidak akan cepat atau terlambat walau sesaat.Kita semua tidak pula tahu bila ajal datang menjemput kita.Pasti ada hikmahnya Allah merahsiakannya bukan..?



Antara hikmahnya ialah agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi maut dengan persiapan bekal amalan untuk diguna alam ‘sana’.Malah, sepatutnya ketika usia muda bertenaga inilah kita membuat amal bakti sebanyak mungkin kepada ibu-ayah,masyarakat,Negara dan agama Islam itu sendiri. Ketika usia sudah bergelar warga ‘emas’ kelak pasti tubuh-badan pun tak mampu lagi untuk membuat banyak amal kerana keterbatasan tenaga.



Ada juga saya pernah mendengar ceramah seorang ustaz dahulu yang mengatakan bahawa tanggapan ‘muda hanya sekali’ adalah salah.Hal ini kerana ada satu lagi peluang untuk berusia muda iaitu bergelar ‘member of jannah’.Cuba kita sama fikirkan usia muda di dunia ini yang lebih berharga atau muda di syurga nanti...? Jadi,sewajarnya kita berusaha segigih mungkin dalam hidup ini agar dapat mengejar impian untuk menjadi ‘member of jannah’ .



Nikmat kekayaan juga adalah nikmat yang pasti mengujakan kita semua. Setiap insan pasti mahukan kehidupan yang sempurna termasuk aspek material seperti makanan,pakaian,rumah dan keperluan lain.Dalam Islam ada mensyariatkan zakat yang mana salah-satu tujuannya ialah untuk menyemai rasa tanggungjawab,prihatin,tolong- menolong di dalam jiwa setiap orang yang agak berada dan sekaligus dapat menyucikan harta tersebut daripada unsur yang tidak baik dan sifat kedekut yang patut dijauhi.



Itulah indahnya Islam, ia mengambil cakna dalam segenap sudut yang tidak dipandang penting oleh agama lain.Golongan fakir miskin dibantu oleh orang yang kaya melalui pensyariatan zakat dan amalan bersedekah.Bagi mereka yang agak kaya sewajarnya kita meneladani kisah sahabat nabi seperti Saidina Abu Bakar,Saidina Usman, dan Abdul Rahman Bin Auf bagaimana mereka menginfakkan segala harta yang mereka ada kepada perjuangan Islam.Berdoalah agar kita tidak digolongkan dalam golongan yang bakhil,lupa-diri seperti Qarun yang ditelan bumi bersama harta yang dicintainya setelah lalai untuk bersyukur dan mentaati perintah Allah.



Nabi juga mengingatkan kita tentang nikmat kelapangan. Kebiasaannya, kita bila ada masa yang lapang tidak memanfaatkan dengan sebaik mungkin. Akibatnya,apabila masa tersebut sudah padat dengan pelbagai perkara barulah tersedar bahawa betapa “betapa ruginya aku kerana tak manfaatkan masa yang berlalu”.Allah Maha Adil kerana Dia memberikan kita semua hambanya 24jam.Tapi,persoalan yang timbul sekarang ialah sejauh mana kita menggunakan 24jam tersebut dengan baik..? Berapa banyak masa yang kita peruntukkan ‘khusus’ untuk amal ibadah yang dapat mewujudkan rasa cinta dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Mencipta.? Atau aktiviti harian kita hanya penuh dengan makan-minum,berbual kosong,makan angin sahaja. Ia satu muhasabah buat kita semua.



Kini,tibalah ke kemuncaknya.Sepertimana ekspedisi mendaki gunung untuk menakluk puncaknya,begitulah juga kehidupan insan yang mana kemuncaknya pasti ingin bergelar penghuni syurga dengan mendapat redha Allah. Sebelum kita menempuh alam akhirat,kita perlu menempuh alam barzakh. Saat untuk menghadapi sakaratul-maut yang mana kesakitannya tidak mampu digambarkan.Selagimana peluang untuk menyedut oksigen yang Allah berikan secara ‘free of charge’ ini masih ada,selagi itulah tanggungjawab kita selaku hambaNYA dan khalifah mentadbir alam ini wajib kita laksanakan dengan sesempurna mungkin. Berdoalah kita memohon kepada Allah agar pengakhiran hidup ini dengan ‘khusnul khatimah’ dan dipermudahkan ketika menghadapi sakaratul-maut.



Terkenang pula pemergian seorang tokoh pendakwah dan penasyid tanah air Negara kita iaitu Ustaz Asri Rabbani pada pagi 13 Ogos bersamaan 22 Syaaban lepas.Cuba kita hayati kata-kata pembuka yang almarhum letakkan di blognya;

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."


Al-fatihah...
Semoga ruh almarhum dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama para solihin.



Di kesempatan ini juga,ingin saya mengucapkan selamat menjalani 'madrasah tarbiah Ramadhan Al-Mubarak' yang akan tiba tidak lama lagi. Semoga kita semua dapat menjalaninya dengan penuh keimanan dan ketakwaan.InsyaALLAH.
>>>>>>>>>AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN<<<<<<<<