13 Februari 2009

Antara dua pilihan..


Sudah menjadi ketetapan Ilahi,setiap insan ciptaanNYA akan diberi pilihan dalam membuat sesuatu.Secara kebiasaannya,ia hanya ada dua pilihan samada Baik atau Buruk.Kadangkala,kita sering tertewas dalam membuat pilihan ini.Hal ini berpunca daripada sifat kita yang lebih suka untuk membuat pilihan berlandaskan hawa nafsu dan bukan seperti yang sepatutnya iaitu berpandukan Hidayah Ad Din; Al Quran & Sunnah.

Seperti contoh pada setiap pagi subuh kita ada 2 pilihan iaitu- bangun di awal pagi untuk solat jemaah di masjid ATAU teruskan ‘kembara mimpi’ dengan berselimut di keheningan pagi sehingga adakala solat subuh pun pada waktu taraf ‘extravaganza’.Berapa ramai dalam kalangan kita yang tertewas dalam membuat pilihan ini..?(termasuklah saya).

Sindrom ini tidak memilih bulu termasuklah di kalangan kita yang mengaku “kami Pejuang Islam” . Kalau an
da tidak percaya cuba perhatikan jumlah yang hadir berjemaah subuh di masjid.Bukankah bilangan ia ‘teramatlah ramai’..?Kalau di CFS ini ,Masjid Kolej penuh sesak sampai ke tingkat bawah.. (antara fantasi atau realiti)

Kita sudah terlupa mungkin dengan kata-kata para pendeta besar Yahudi dan kumpulan think-tanker nya; ” Selagimana umat Islam yang datang bersolat Subuh di masjid tidak seramai yang berduyun-duyun ketika solat Jumaat, selagi itulah kita berpeluang untuk mengalahkan mereka.”
Sehingga ke tahap itu mereka mengkaji dan mengorek kelemahan kita supaya dapat melancarkan lagi agenda perang saraf segenap
sudut terhadap umat islam.Apa pula perancangan umat Islam untuk menghadapi serangan musuh ini.?

Cuba kita perhatikan senario yang berlaku di kebanyakan negara umat Islam termasuklah Negara kita bagaimana golongan yang ingin meletakkan Islam di tempat tertinggi
(Al Islam Ya’lu wa la yu’la alaih) dizalimi,dihina,dikhianati oleh siapa..?

Bukankah oleh mereka yang bergelar muslim juga.Ia, memang benar jalan perjuangan ini memang penuh ranjau mehnah tribulasi sepertimana dilalui oleh Rasul junjungan kita.Beruntunglah sesiapa yang termasuk dalam golongan memperjuangkan Islam ini manakala tunggulah saat pembalasan dan kehancuran buat pemuka-pemuka yang kononnya “kami pembela nasib umat Melayu dan Islam” sedangkan mereka jualah menentang Islam.

Anehnya,undang-undang ciptaan mereka iaitu perlembagaan Negara pun sudah dilanggar dan dicampak ke tepi demi mencapai matlamat ‘suci’ untuk bergelar ‘sang penguasa’.Mereka lebih taat kepada prinsip Machiavelli-“Matlamat menghalalkan cara”.Ooh,terlupa pula mereka ini juga lah yang menentang keras pelaksanaan hukum Allah . Allah berfirman:

Kemudian kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut. (Surah Maryam;72)

Di kesempatan ini,saya ingin menzahirkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pemimpin yang sedang mempertahankan EMAS kebenaran sungguhpun kehilangan PERAK secara Kotor lagi terHina melalui agenda JAHAT pihak tertentu.Berjuanglah hingga ke penghujungnya demi mempertahankan ISLAM.Mari kita hayati sabda Nabi Muhammad S.A.W

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]

Berdoalah kita semua moga diberikan hidayah oleh Yang Maha Esa untuk memilih jalan yang benar dalam meniti liku-liku kehidupan ini dan tidak terperangkap dengan godaan syaitan durjana dan konconya.Moga beroleh Mardhatillah dan syurga yang kekal abadi hendaknya. Amiin..

Tiada ulasan: