11 Oktober 2008

Raya dah habis,demam final exam pula..

Ada yang bertanya;"Eh,syed bila nak update blog tu?,asyik tunjuk gambar muka anta bagi ucapan raya tu je.."Ini jawapannya buat sahabat yang bertanya,memandangkan kita baru sahaja menyambut Syawal jadi kesibukkan itu agak membataskan masa saya untuk update blog ini.Lagipun seperti sedia maklum semua pelajar pusat asasi UIA ini sedang menempuh 'perang' final exam sem ini.Saya pun kenalah study lebih sikit walaupun subjek yang diambil hanya 4 dengan contact hours setiap minggu cuma 18jam(masa yang berlebihan itu sudah cukup membuatkan rakan-rakan yang contact hours nya sehingga 32 jam terkejut bila saya bagitahu).Huh,tak dapat saya bayangkan keletihannya kalau saya berada di tempat anda...!Benar kata nabi antara 2 nikmat yang sering manusia lupa ialah-sihat tubuh badan dan Masa Lapang.Tapi yang agak merisaukan saya ialah bagaimana nak penuhi masa terluang itu antara Bincang hal akademik atau Borak kosong,Baca buku ilmiah atau Tidur,Belajar di library atau Melepak di CC dan banyak lagi pilihan yang saya ada.Namun,terus terang kata adakala saya 'kalah' dalam pertarungan membuat pilihan ini.Entah mengapa saya lebih terdorong untuk membuat pilihan yang no2 yang memang sudah confirm termasuk kategori aktiviti buang masa.Salah diri sendiri juga kerana tidak merancang jadual kehidupan seharian dengan baik dan teratur.Beruntunglah bagi sahabat-sahabatku yang dapat penuhi masa tersebut dengan baik.Sem depan yang juga merupakan sem akhir saya di bumi CFS ini juga turut mencabar kerana subjek yang diambil hanya 3 dengan contact hours hanya 11jam..Yang ini memerlukan perancangan masa yang lebih baik dan dimanfaatkan sepenuhnya buat diriku yang bergelar student dan daie.insyaALLAH.Oklah,di sini ingin saya berkongsi serba sedikit gambar ketika menyambut syawal di kampung baru-baru ini.





Gambar ketupat ini diambil atas permintaan akak saya untuk dijadikan kenangan dibawa terbang kembali ke bumi Al-Azhar Mesir hujung bulan ini.Selamat berjuang kembali
di sana buat akak.











Ini pula suasana menjamu selera di rumah bapa saudara.
Sudah menjadi tradisi bertahun lamanya di Kampung Temin ini selepas sahaja solat sunat Aidilfitri,saudara-mara dari yang paling tua hinggalah kanak-kanak akan beramai-ramai menyertai rombongan berziarah rumah ke rumah. (rombongan ini disertai kaum Adam sahaja)









Tradisi baik sebegini amatlah baik untuk diteruskan sehingga akan datang kerana matlamat utama ia diadakan bukan sekadar memenuhkan perut dengan pelbagai macam juadah tetapi yang lebih utama ialah IKATAN UKHWAH yang boleh dieratkan lagi.Lebih-lebih lagi generasi muda yang menetap di bandar besar mungkin agak jarang berpeluang berkumpul beramai-ramai bersama sanak saudara.Malahan,ia boleh dijadikan medium perbincangan masalah semasa dan perkongsian pengalaman bersama golongan berusia emas..






Gambar yang terakhir ini bukan ketika raya tapi sengaja saya masukkan kerana kami tak sempat bergambar 1 family syawal baru ini.

Alhamdulillah,raya kali ini lebih bermakna dengan kepulangan akak dari Mesir(bercuti) dan pertambahan 'ahli baru' iaitu kak Sya,isteri kepada abang faiz...

1 ulasan:

dan berkata...

selamat menempuh exam..ya slmt hr raya skali..maaf zahir batin (haha..dah hari ke sebelas syawal)

*gambar no. 3 tu cantik. chy matahari tu bagi efek lawa.