05 Ogos 2008

Kau Sahabat Kau Teman




Tatkala saya mendengar lagu yang bertajuk di atas didendangkan oleh kumpulan Hijjaz pasti terasa menusuk di kalbu dan liriknya penuh dengan maksud yang tersurat dan tersirat.Entah siapa di kalangan kita yang akan pergi menghadapNYA dahulu.Itulah lumrah dunia tiap yang hidup pasti akan menghadap kembali kepada Penciptanya Yang Maha Agung.Cuma persoalannya bila dan sejauh mana persiapan kita untuk menghadapi maut?Kembali kepada topik di atas siapa kah di antara kita semua boleh mengaku bahawa dirinya bergelar SAHABAT SEJATI?atau kita sekadar teman di waktu suka dan 'ghaib' di waktu duka.Persoalan ini saya tinggalkan buat semua termasuklah diri saya untuk sama-sama fikir dan renungkan.Di sini turut saya muatkan petikan kitab Bimbingan Mukminin karangan Hujjatul Islam-Imam Al-Ghazali

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu 9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

BUAT SAHABAT KU SEMUA

Sahabat-sahabatku..

Kalau menjadi batu,janganlah menjadi batu di tepi jalan

Tiada nilainya,tiada harganya,dipijak orang,disepak orang.

Tetapi sahabat-sahabatku,jadilah batu intan,jadilah batu permata

Yang berkilau,yang bersinar,dihargai orang.

Sahabat-sahabatku..

Kalau menjadi kayu,jangan menjadi kayu biasa

Yang reput,yang rapuh,yang patah,dibuang orang merata-rata.

Tetapi sahabat-sahabatku Jadilah kayu jati,kayu yang mantap

Mahal nilainya,dihargai orang.

Sahabat-sahabatku..

Kalau menjadi manusia,jangan menjadi manusia biasa-biasa

Longgar jiwanya,rapuh imannya.

Tetapi sahabat-sahabatku Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya

Kental imannya,tertib solatnya, Quran juadahnya,luas pandangannya

Gemilang masa depannya.

Sahabat-sahabatku..

Perahu sudah di air,pendayung sudah di tangan

Fikirlah,renunglah,katakan pada dirimu

Bahawa saya tidak memilih,untuk menjadi manusia biasa

Tapi saya memilih,untuk menjadi manusia luar biasa.

Saksikanlah sahabat-sahabatku..

Semoga usahamu pada hari ini,akan melahirkan insan yang

Cemerlang di dunia,Gemilang di akhirat.

Tiada ulasan: