31 Ogos 2008
Sekitar majlis kenduri jemput menantu di Kampung Temin
Alhamdulillah,selesai sudah majlis kenduri perkahwinan kakanda saya Syed Ahmad Faiz & pasangannya Syarifah Nursyaheerah pada 23 Ogos yang lepas.Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua tetamu yang hadir tak kira jauh mahu pun dekat.Buat tetamu jemputan yang tidak berkesempatan untuk bersama kami meraikan suasana meriah ini,sekadar gambar kenangan inilah yang dapat saya kongsikan..
Khemah tetamu lelaki
Khemah tetamu perempuan
Pengantin baru tiba ke khemah khas
Indah tersenyum pengantin baru kita
4+1=5..(adik beradik 4 org bertambah 1 org kak ipar)
Bergambar kenangan keluarga tuan rumah
27 Ogos 2008
Gambar majlis akad nikah abg faiz d terengganu
20 Ogos 2008
Ahlan Ya Ramadhan-Kedatanganmu dinanti,Pemergianmu ditangisi.
Dalil Al-Quran inilah yang sering dibaca tiap kali menjelang tibanya ramadhan.Terlebih dahulu marilah sama kita merenung sejenak sejauh mana persiapan kita untuk menghadapi bulan penuh barakah ini.? Atau pun kita lebih sibuk untuk menyambut kedatangan Syawal dengan menempah bermacam-macam yang serba baru seperti baju raya,kuih raya,kasut raya,langsir raya dan bermacam-macam lagi ‘raya’ yang kadangkala sehingga membazir dan melampaui batasan syarak.
Cuba kita mengkaji serba sedikit falsafah dan hikmah disebalik kewajipan berpuasa yang juga merupakan rukun Islam yang ketiga.Allah telah pun menjelaskan dalam Al-Quran sepertimana yang disebut di awal tadi kewajipan berpuasa ini adalah untuk menghasilkan hamba yang berTAKWA.Namun berapa ramai dalam kalangan kita yang sedar akan persoalan takwa ini.?Kita perlu ingat pesan Rasullullah S.A.W bahawa ramai juga yang berpuasa dengan berlapar dan dahaga tetapi keletihan itu menjadi sia-sia sahaja kerana tidak faham apa tuntutan sebenar berpuasa.Nauzubillah,moga kita tidak tergolong dalam golongan itu.
Hebatnya agama Islam yang kita anuti ini mengajar segala aspek kehidupan kepada penganutnya .Sehingga kan kita semua diajar dan dilatih untuk merasai keperitan dan kesusahan orang fakir miskin yang seringkali tidak dapat menikmati makanan,minuman,pakaian dan keperluan yang lain dengan sempurna.Begitulah juga nasib yang menimpa saudara seagama kita di seantero dunia seperti Palestin,Iraq,Afhganistan,Sudan,Kosovo,Selatan Filipina dan lain-lain yang terus ditindas puak kafir yang tidak pernah puas menzalimi mereka.Namun,selama mana kita ingin sekadar menjadi ‘penonton dan pendengar setia’ kisah sedih meruntun hati ini..?Paling tidak kita perlulah menadah tangan memohon kepada Ilahi moga kehidupan mereka terbela dan juga berazam di dalam hati untuk bergelar penegak agama Allah di muka bumi ini suatu hari nanti.insyaALLAH!
Sebagai penutup bicara ruangan ini,di kesempatan yang masih ada untuk menanti tibanya bulan umat Islam ini bersamalah kita menanam azam dan tekad serta target apa yang ingin kita capai sepanjang Ramadhan ini terutama peningkatan dalam aspek ibadah,akhlak dan keilmuan kita.Moga kita semua dapat memanfaatkan kedatangannya yang hanya sekali setahun dan menempuhi madrasah Ramadhan dengan penuh keimanan dan berjaya memperoleh ‘ijazah’insan bertakwa di akhir nanti.Marilah jua sama kita memanjatkan doa moga kita sempat untuk dipertemukan dengan Ramadhan kali ini dan berjuang hingga ke garisan penamat.Kita jadikan ia Ramadhan yang terbaik yang pernah kita lalui dalam kehidupan kita.Ya Ramadhan kami menanti kehadiran mu…!
05 Ogos 2008
Kau Sahabat Kau Teman
Tatkala saya mendengar lagu yang bertajuk di atas didendangkan oleh kumpulan Hijjaz pasti terasa menusuk di kalbu dan liriknya penuh dengan maksud yang tersurat dan tersirat.Entah siapa di kalangan kita yang akan pergi menghadapNYA dahulu.Itulah lumrah dunia tiap yang hidup pasti akan menghadap kembali kepada Penciptanya Yang Maha Agung.Cuma persoalannya bila dan sejauh mana persiapan kita untuk menghadapi maut?Kembali kepada topik di atas siapa kah di antara kita semua boleh mengaku bahawa dirinya bergelar SAHABAT SEJATI?atau kita sekadar teman di waktu suka dan 'ghaib' di waktu duka.Persoalan ini saya tinggalkan buat semua termasuklah diri saya untuk sama-sama fikir dan renungkan.Di sini turut saya muatkan petikan kitab Bimbingan Mukminin karangan Hujjatul Islam-Imam Al-Ghazali
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu 3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu 9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
BUAT SAHABAT KU SEMUA
Sahabat-sahabatku..
Kalau menjadi batu,janganlah menjadi batu di tepi jalan
Tiada nilainya,tiada harganya,dipijak orang,disepak orang.
Tetapi sahabat-sahabatku,jadilah batu intan,jadilah batu permata
Yang berkilau,yang bersinar,dihargai orang.
Sahabat-sahabatku..
Kalau menjadi kayu,jangan menjadi kayu biasa
Yang reput,yang rapuh,yang patah,dibuang orang merata-rata.
Tetapi sahabat-sahabatku Jadilah kayu jati,kayu yang mantap
Mahal nilainya,dihargai orang.
Sahabat-sahabatku..
Kalau menjadi manusia,jangan menjadi manusia biasa-biasa
Longgar jiwanya,rapuh imannya.
Tetapi sahabat-sahabatku Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya
Kental imannya,tertib solatnya, Quran juadahnya,luas pandangannya
Gemilang masa depannya.
Sahabat-sahabatku..
Perahu sudah di air,pendayung sudah di tangan
Fikirlah,renunglah,katakan pada dirimu
Bahawa saya tidak memilih,untuk menjadi manusia biasa
Tapi saya memilih,untuk menjadi manusia luar biasa.
Saksikanlah sahabat-sahabatku..
Semoga usahamu pada hari ini,akan melahirkan insan yang
Cemerlang di dunia,Gemilang di akhirat.