01 April 2009

Muncul Kembali..


Alhamdulillah,setelah hampir sebulan menyepi berkesempatan juga akhirnya untuk mengemaskini 'rumah' saya ini.Ianya bukanlah disengajakan tetapi atas faktor berada di kampung agak susahlah nak mendapat internet melainkan pergi ke CC di bandar Jerantut.Posting kali ini saya ingin berkongsi sedikit 'peringatan' terutama buat diri saya sendiri yang sering alpa dan buat kalian semua juga.

>>>>QIAMULLAIL<<<<
Allah berfirman:
1)Wahai orang yang berselimut
2)Bangunlah (untuk solat) di malam hari kecuali sebahagian kecil
3)Iaitu separuh atau kurang sedikit dari itu
4)Atau lebih dari (seperdu) itu,dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil
5)Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu
6)Sungguh,bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa);dan (bacaan ketika itu) lebih berkesan

Itulah sebahagian dari terjemahan surah Al-Muzammil ayat 1-6..Saya bukanlah orang yang layak atau berautoriti untuk menafsirkannya.Sekadar perkongsian ilmu yang saya dapat ketika hadir dalam 1 kuliah Maghrib di Masjid Al-Muqarrabin,Bandar Tasik Selatan.
Ustaz yang menyampaikan kuliah menghuraikan 1 hadis yang berkenaan kelebihan menunaikan ibadah Qiamullail.
Antaranya 
ialah:
~1.Amalan orang soleh umat sebelum ini..Jikalau kita ingin menjadi umat Islam yang      Cemerlang,Gemilang,dan Terbilang tidak cukup sekadar meneriak slogan ini merata tetapi yang  lebih penting kita cuba mengikut jejaklangkah umat sebelum ini yang telah terbukti berjaya.
~2.Mendekatkan diri dengan Maha Pencipta..Dalam keheningan malam orang lain sedang lena  dibuai mimpi,kita cuba untuk bangun dari tidur untuk mendapatkan kenikmatan dalam  beribadah.
~3.Penghapus dosa..Sudah tentu kita tidak pernah dapat lari daripada melakukan dosa-noda dalam kehidupan seharian kita.Jadi,seharusnya ketika ini kita berdoa mohon agar diampunkan segala dosa yang telah kita lakukan.
~4.Benteng daripada melakukan perbuatan dosa..Jikalau sebuah negara memerlukan sebuah s
istem pertahanan yang mantap lagi kukuh untuk mengelakkan daripada ancaman musuh begitulah jua pentingnya 'benteng' dalam kehidupan agar kita tidak melanggar perintah Allah dengan cara ibadah Qiamullail.

Pada awalnya dahulu sebelum turun ayat ke20 surah Al-Muzammil,hukum ibadah qiamullail ini adalah Wajib namun ia bertukar menjadi Sunat setelah turun ayat 20.Rasulullah S.A.W yang maksum dari melakukan  dosa bangun pada setiap malam untuk ibadah Qiamullail. Tetapi bagaimana pula dengan kita umatnya..??Huh,berat persoalan ini kerana saya juga tergolong dalam kumpulan orang yang liat untuk bangun Qiam.Bila ada dalam program tertentu,barulah melaksanakannya.

Dalam ayat ke6 surah tersebut ada memberitahu bahawa ibadah ini dapat menjadi penguat jiwa.Kita perlu sedar akan hakikat bahawa kekuatan seseorang insan  bukanlah sekadar terletak pada tenaganya sahaja bahkan elemen kekuatan ruh jasadnya juga amat penting.
 
Ada juga saya mendengar kisah yang menceritakan antara faktor kemenangan umat Islam dalam medan peperangan terdahulu ialah para tenteranya berqiamullail pada dinihari.Bahkan jikalau ada khemah tentera yang tidak berqiam akan dikeluarkan dari pasukan untuk berperang.
Begitulah hebatnya mereka dahulu,kita bagaimana ye..?