04 Mac 2009

Bingkisan Perpisahan

Edisi Kemaskini: Maaf,oleh sebab ketika menyiapkan posting ini pada pagi Rabu lepas berada dalam kekalutan dalam mengejar masa sehingga terlupa untuk meletakkan tajuk..Jadi,hari ini saya namakan ia "Bingkisan Perpisahan".

“Usah tangisi suatu perpisahan itu andainya kita tidak pernah menghargai suatu pertemuan. Namun,tangisilah perpisahan itu andainya kita lah orang yang paling menghargai pertemuan itu”

Begitulah mutiara kata yang agak popular ketika saya menuntut ilmu di bumi SMKA TAHAP dahulu.Ia sering disebut lebih-lebih lagi ketika di hujung tahun persekolahan iaitu “majlis salam wida’.


Ketika catatan ini ditulis,hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi saya akan melangkah keluar meninggalkan bumi CFS ini setelah tamat pengajian di peringkat asasi kejuruteraan selama 2 tahun di sini.Entahlah, kalimah apa yang paling sesuai untuk saya gambarkan perasaan yang saya alami sekarang bercampur-baur antara sedih+gembira+berathati+bersemangat dan macam-macam perasaan lagi.


Apa-apa pun,detik untuk berpisah tetap akan menjelma terutama bagi kami yang akan mendaftar masuk di kampus yang berbeza iaitu Gombak atau Kuantan.Begitulah resam dunia,tidak ada yang dapat kekal selamanya.Allah itu Maha Agung kerna Dia tidak pernah menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia,pasti tersurat dan tersirat pelbagai hikmah dan rahsia di sebalik setiap perkara.Terserah pada diri kita untuk menilainya dari pandangsisi yang positif atau negatif.Yang penting kita sebagai HAMBA perlu sedar diri betapa hinanya kita andainya tidak mahu mengambil petunjuk lorong kebenaran yang telah Allah berikan.


Saidina Umar pernah berkata;”Kita dimuliakan oleh Allah kerana Islam dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka penghinaan terbesarlah buat dirinya”


Kita perlu redha dengan segala ketentuannya baik dalam keadaan senang mahupun susah.Buat semua sahabat , di kesempatan yang masih ada ini sukacita saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas segalanya.Segala jasabaik,tunjuk ajar,nasihat,teguran,budibaik kalian amatlah berguna buat diri saya.


Saya juga ingin menyusun 10 jari tanda memohon ribuan ampun maaf kerana sudah tentu tidak dapat tidak saya insan hina ini telah banyak melakukan salah silap,dosa yang telah mengguris hati dan perasaan sahabat semua. Moga-moga pertemuan dan perpisahan kita di CFS ini akan mendapat limpahan rahmat Ilahi Berdoalah moga kita tergolong dalam salah satu golongan yang telah Rasulullah S.A.W sebut 7golongan yang mendapat naungan dari Allah di padang mahsyar kelak dalam ketika tidak ada naungan lain selain dariNYA iaitu 2 orang pemuda yang bertemu,berkasihsayang dan berpisah kerana Allah .


Segala coretan pahit-manis memori indah sepanjang kita berada di CFS ini moga akan terus terpahat kukuh di ingatan.Jalan kehidupan dan liku perjuangan yang kita akan tempuhi masih jauh..


Buat sahabat kenalan 1st year,moga pertemuan kita walaupun hanya sekejap sahaja dapat memberi manfaat bersama buat kita.Saya doakan moga kalian juga dapat terus tabah dan gigih menuntut ilmu Allah sebanyak mungkin di sini sehingga kita bertemu pula di kampus utama nanti.Terima kasih dan pohon maaf atas segalanya.


Tidak lupa juga,ingin saya coretkan disini sekalung penghargaan buat semua lecturer semenjak saya sem 1 sehingga sem akhir(entah ada ke lecturer saya baca blog ni).Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan minta dihalalkan segala ilmu yang diberikan.


Akhirnya,buat seluruh warga CFS;pak/mak guard,staff,tauke kafe,cleaner dan semua pelajar samada yang dikenali atupun tidak saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan ribuan ampun maaf.Moga bertemu lagi di masa akan datang.InsyaAllah.

Sedikit gambar kenangan sepanjang berada di CFS:



Roomate sem 1 di Mahallah Abu Bakar

























































































































































Sekian sahaja daripada saya oleh kerana kesuntukan masa,tak sempat nak masukkan banyak lagi gambar kenangan.Saya pohon Maaf kepada sesiapa rasa terkilan sebab gambarnya tiada di sini.Wallahua'lam.