26 September 2008

PENGUMUMAN PENTING..!

Oleh kerana selepas ini saya akan pulang ke kampung jadi ini merupakan posting terakhir sebelum Syawal tiba.(faham-fahamlah ye,kemudahan internet agak terhad di kampung kalau nak dibanding dengan Bandaraya KL ini)..Saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khas buat semua sahabat seperjuangan sama ada di TAHAP dulu,KMPh,CFS IIUM,saudara-mara,para pengunjung blog ini dan sesiapa jua yang mengenali diri ini.Moga-moga kita semua dapat 'graduate' dari University of Ramadhan ini dengan Ijazah Al-Muttaqin dan kembali kepada fitrah bersih dari segala dosa noda di hari kemenangan Syawal kelak.Pohon maaf salah silap andaikata tutur kata,tingkahlaku ada mengguris perasaan sesiapa.Bagi kami di Pusat Asasi UIAM ini pula sebaik sahaja Syawal berlalu seminggu, kami perlu menempuh 'perang final exam'.Barakallahu fikum maa taufiq wan najah..Wassalamualaikum warahmatullah...

23 September 2008

Kami Anak Pahang..!

Alhamdulillah,bertempat di AX101 &AX102 pada petang ahad baru ini(21 Ramadhan) telah berlangsungnya majlis Iftar Jamaie Ikatan Pelajar Pahang atau lebih dikenali sebagai IPP.Saya sebagai program manager ingin merakamkan jutaan terima kasih dan sekalung perhargaan buat semua committee yang terlibat dan seterusnya kepada semua rakan-rakan pelajar yang hadir.Moga-moga majlis serba ringkas dan sederhana yang dianjurkan ini dapat mengeratkan lagi ikatan ukhwah sesama kita dan mampu menjana kesedaran untuk bergelar muslim sejati.Sebarang kelemahan dan kekurangan dalam apa jua aspek saya pohon maaf dan moga dapat dipertingkatkan di masa akan datang..ooh,hampir terlupa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penghulur sumbangan kewangan bagi menjayakan lagi majlis ini. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa baik semua.Di sini saya muatkan serba sedikit gambar sekitar majlis itu untuk tatapan semua.










Firdaus osman sedang menjaga kaunter pendaftaran brother








Ini pula kaunter untuk sister





















Khusyuk berdoa tahlil arwah











Elok-elok Firdaus makan kuih itu,tercekik nanti susah pulak














Sedap juga nasi beriani kafe ukc 1ni
















Tersenyum dari jauh yang berbaju biru tu


















Hah,makan sampai habis ye,nanti ada orang membebel...??









"Janji dikota,kata dilaksana".(kan dah kena publish)

Yang tersenyum berkopiah putih ini salah satu aktiviti keSUKAan dia ialah-mengenakan orang terutama yang berbadan agak kecil...so,hati-hati lah ye.





Maaf kerana kualiti gambar agak kurang memuaskan bak kata sahabat saya yang seorang tu;"kamera handphone anta tu tak berapa nak ada pixcelnya".

Nanti saya minta gambar dari kamera handphone dia yang mahal itu.

21 September 2008

Kisah 3 Mak Cik Penjual Kuih


Kisah ini saya dapat ketika mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh Doktor Azhar Yaakub (PensyarahUM) di Madrasah Al-Muttaqin yang terletak berhampiran dengan Stesen LRT Taman Melati.Kebiasaannya beliau mengajar Tafsir tetapi oleh kerana sekarang bulan Ramadhan,beliau membawa kisah ini untuk dijadikan pengajaran buat semua yang hadir.

Cerita ini bermula di sebuah kampung terdapat 3 orang perempuan yang sudah layak bergelar 'mak cik' yang berkawan rapat.Mereka ini mempunyai pekerjaan yang sama iaitu menjual kuih-muih .Jadi,tiap hari rutin mereka sama iaitu pada setiap pagi jam 6.30 mereka sama-sama menunggu bas untuk pergi ke pekan bagi menjual kuih.Mereka berniaga dan pulang ke kampung kembali pada jam 5.30 petang.Pada sebelah malam pula mereka akan sibuk dengan membuat adunan dan seterusnya memasak kuih untuk di jual pada keesokannya.Begitulah rutin harian 3 orang mak cik ini..Tapi salah seorang daripada mereka iaitu mak cik ke3 ada rutin tambahan iaitu;bangun untuk qiammullail setiap hari pada jam 3 pagi,solat dhuha,membaca Al-Quran pada setiap malam,berdoa,dzikir serta beberapa lagi amalan sunat.


Ditakdirkan oleh Allah pada suatu pagi ketika mak cik yang ke3 berjalan meredah keheningan subuh hari yang gelap gelita sambil menjunjung bekas yang terisi penuh dengan kuih di atas kepala untuk ke pondok menunggu bas tiba-tiba,dia telah terpijak Ular Sawa..! Bayangkan betapa terkejut mak cik tadi tapi mulutnya tidak lupa untuk mengucap kalimah Astaghfirullah.Namun,amat malang sekali ketika dia melompat apabila terpijak ular itu bekas yang berisi kuih terlepas daripada pegangannya. Habis semua kuih turut terjatuh bahkan bergolek masuk ke dalam longkang di tepi jalan tersebut.
Kejadian ini turut disaksikan oleh 2 lagi kawan mak cik itu tetapi apakan daya mereka kerana ia telah pun berlaku.Ketika itu juga bas yang biasa mereka naiki pun tiba maka 2 mak cik itu pun terus bertolak ke pekan.

Dengan linangan air mata mak cik ke3 itu memandang bas itu berlalu pergi sambil memikirkan nasib malang yang menimpanya hari itu.Kuih untuk dijual telah habis masuk ke dalam longkang dan sekaligus kerugian yang ditanggungnya hari itu.Dia pun pulang kembali ke rumah dengan perasaan penuh kehampaan dan kesedihan.Sambil duduk di atas kerusi di ruang tamu rumahnya,terdetik di hatinya "Mengapa ALLAH memilih beliau untuk dikenakan ujian sebegini rupa?mengapa tidak 2 lagi kawannya itu yang terpijak ular dan jatuh semua kuih ke dalam longkang?Tidak cukup lagi ke amal ibadah yang aku buat selama ini?Aku sentiasa bangun qiam,mengaji,berdoa,dzikir..."Begitulah cetusan rasa tidak puas hati itu dan bersangka buruk terhadap ALLAH atas apa yang menimpanya hari itu.Mak cik itu terus merungut dan bersedih sehingga lah ke petang.

Pada tepat jam 5 petang mak cik itu membuka televisyen dan memilih untuk menonton saluran RTM 1 yang telah menjadi 'pilihan hati'nya buat sekian lama.Berkebetulan ketika itu Warta Negeri sedang dibaca oleh pembaca berita yang berambut warna itu .Ada 1 berita yang agak mengemparkan:"Kemalangan ngeri telah berlaku apabila lori yang penuh dengan muatan petrol telah bertembung dengan sebuah bas.Lori dan bas habis terbakar.Yang lebih menyayat hati ialah pemandu & kelindan lori,pemandu bas serta 20 orang penumpang turut rentung kerana kejadian yang berlaku terlalu pantas sehingga mereka tidak sempat menyelamatkan diri.Diberitakan juga terdapat 2 orang mak cik yang sentiasa membawa jualan kuih mereka ke pekan turut menjadi mangsa".

Tidak ada kalimah lain yang terpacul di mulut mak cik ke3 itu selain "Alhamdulillah,syukur kerana aku tak sempat untuk menaiki bas itu pagi tadi.Kalau tidak,pasti dengan aku sekali rentung di dalamnya".Sungguhpun demikian,mak cik itu turut berasa sedih kerana antara yang menjadi mangsa dalam kejadian itu adalah kawan seperniagaannya untuk sekian lama.Mak cik ke3 tadi turut berkata dalam hatinya;"Aku amat beruntung kerana ditakdirkan ALLAH untuk terpijak ular pagi tadi lalu habis semua kuih aku jatuh ke dalam longkang dan tidak sempat untuk menaiki bas malang itu,ALLAH Maha Berkuasa".Selepas kejadian itu,kehidupan mak cik itu semakin senang dan agak mewah apabila perniagaan kuihnya di pekan itu semakin berkembang maju dan untung berlipat ganda kerana tiada lagi saingan dari kawan-kawannya dulu.

Demikianlah sahaja cerita yang ingin dikongsi.Untuk pengetahuan semua cerita ini hanyalah rekaan semata-mata,tak ada kena mengena dengan yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia.Yang penting ialah PENGAJARAN yang kita boleh ambil daripada kisah ini.:
1)Janganlah kita terlalu cepat bersangka buruk kepada Allah kerana DIA Yang Maha Kuasa untuk menentukan segalanya .Bukan kah ada hadis nabi;"Bersangka baik terhadap Allah adalah sebaik-baik ibadah"
2)Setiap ujian yang melanda pasti ada hikmah yang tersembunyi.Cuma bila ia akan muncul kita tak tahu yang penting banyakkan berSABAR dan berdoa kepada Ilahi
Pengajaran yang ke 3,ke 4 dan seterusnya anda buatlah sendiri....

12 September 2008

University of Ramadhan; Let us discover it.

Alhamdulillah,sedar tak sedar kita baru sahaja melangkah ke dalam fasa 2 Ramadhan Al-Mubarak ini.Bagaimana dengan prestasi amal ibadah kita setelah mengharungi 11 hari puasa yang telah berlalu?Biarlah persoalan ini sama-sama kita fikirkan.Memetik kata-kata seorang ulama-"puasa ini mendidik dan mengajar kita supaya menjadi manusia yang sebenar-benarnya bersifat manusia iaitu makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna dilengkapkan dengan akal fikiran yang membezakan kita dengan makhluk lain."Akal inilah yang perlu dipandu selaras dengan kehendakNYA supaya dapat mengawal hawa nafsu yang sering mendorong kita melakukan kejahatan.
Di samping itu,puasa juga mendidik kita menjadi manusia yang penyabar dan bersyukur kepada Penciptanya.Di siang hari berpuasa kita diuji dengan lapar,dahaga,penat serta mengantuk.Untuk menghadapi ujian ini tidak dapat tidak kita mesti melengkapkan diri dengan keimanan yang teguh serta sabar dan tabah menghadapinya.Sebagai hamba Allah kita mesti sentiasa meningkatkan rasa syukur kepadaNYA atas limpahan nikmat yang dikurnia yang sentiasa berterusan walaupun adakala kita telah melanggar laranganNYA.Firman Allah:
"Dan jika sekiranya kamu mahu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya" (Surah Ibrahim:ayat 34)
Sedarkah bahawa situasi dan kedudukan kita hari ini lebih bernasib baik kerana dapat me'raya'kan kedatangan Ramadhan ini dengan penuh kesenangan dan kemudahan berbanding dengan saudara seakidah kita yang berada di setiap pelusuk dunia ini yang terus ditindas oleh puak kafir.Lihatlah nasib umat Islam di Palestin,Iraq,Afghanistan,Chechnya,SelatanThai,Filipina dan banyak lagi yang mana mereka menyambut Ramadhan dalam suasana peperangan,kelaparan,penderitaan,kesengsaraan.Kalau kita hari ini berpuasa dengan siraman air hujan yang turun mencurah-curah tapi mereka dihujani dengan peluru dan bom..!!Nyawa mereka menjadi taruhan oleh mereka yang sentiasa bencikan Islam.
Sebagai rumusannya,untuk menghadapi segala macam jenis ujian ini kita perlulah bergantung sepenuhnya kepada Al-Quran yang memang sudah confirm boleh menjadi 'bahtera' penyelamat kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat.Kita perlu menjana kesedaran dalam masyarakat bahawa Al-Quran itu letaknya bukan sahaja di rak/almari surau,masjid atau rumah kita mahupun sekadar dibaca,dilagukan,dihafaz dan dipertandingkan tetapi yang lebih utama ialah ia perlu 'HIDUP" dalam setiap jiwa yang bergelar muslim.Di situlah kita boleh mengambil petunjuk daripadaNYA,menyuluh jalan perjalanan kehidupan kita dengan cahaya yang terkandung di dalamnya untuk menempuh tiap liku-liku yang mendatang.
Penutup kalam,bersamalah kita merebut peluang yang diberikan oleh Allah dalam kesempatan Ramadhan ini dengan menghidupkan ibadah dengan sifat Islam yang syumul itu.Berdoa dan bermunajatlah kepada Ilahi memohon keampunan dariNYA atas keterlanjuran dosa yang telah merimbun kita lakukan selama ini.Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
"3 golongan manusia yang tidak ditolak akan doa mereka ialah pemimpin yang adil(menegakkan syariat Islam),orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan orang yang dizalimi".
Selamat meneruskan eksplorasi dan pengembaraan dalam Ramadhan ini..