21 Jun 2009

EMAS YANG HILANG.....


Saidina Ali Karamallahuwajhah berkata: “Masa ibarat pedang, jikalau kamu tidak memotongnya nescaya ia yang akan memotong kamu”

Imam Asy-Syahid Hassan Al Banna berkata: “Kewajipan itu melebihi masa yang ada”


Begitu hebat dan peri pentingnya nikmat masa yang dianugerah oleh Allah, ia bukan sahaja menjadi sebutan manusia malahan Allah sendiri bersumpah atas nama masa di dalam kalam suci Al Quran.

Firman Allah:

1. Demi masa.

2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.


Begitulah insan yang bernama manusia seringkali terlupa untuk menghargai nikmat masa kurniaan Ilahi.Kalau kita merujuk kembali dalam surah Al-Asr,Allah menyebut barangsiapa yang tidak beriman, tidak mengerjakan amal soleh dan tidak saling nasihat menasihati berkenaan ketaatan serta kesabaran maka tergolonglah dalam golongan yang rugi.


Pepatah Melayu juga ada mengatakan "Masa itu ibarat emas".Kita semua sedar bahawa 'emas' ini amatlah berharga namun,kita juga yang sering mengabaikan dan tidak memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.


Renungan bersama termasuk diri ini yang telah hidup hampir 20 tahun di muka bumi Allah ini,sejauh manakah kita telah memanfaatkan masa yang ada untuk melaksanakan amanah sebagai hamba kepada Maha Pencipta..?


Sedikit perkongsian kisah sepanjang semester pertama di Uia Gombak.


Sungguh cepat masa berlalu.Masih segar dalam ingatan hari pendaftaran ke kampus utama ini pada 28 April diikuti dengan Taaruf Week.

Kemudian,bermulalah kelas 2 subjek yang diambil iaitu The Islamic Worldview(UNGS 2030) dan Engineering Drawing (MME 1101).

Oleh kerana ini adalah semester pendek jadi,kelas tidaklah berapa padat.Setiap hari hanya ada 1 kelas itupun 2 atau 3 jam sahaja.Tapi,pembelajaran agak laju kalau hendak dibandingkan dengan semester panjang.


Malaslah nak bercerita panjang.Biar gambar ini pula menceritakannya..




Taaruf week..sesi menjamu selera






Menuju ke masjid sultan haji ahmad shah















Inilah library uia yang tidak kurang hebatnya..
















Nun di hujung itu kelihatan mahallah ruqayyah yang diduduki ketika sem ini..












Makan lagi..sesi rehat selepas 'dibasuh' dalam slot seminar btn..









Serius memikir masalah ummah.; azam & haikal












Afiq pula memberikan cadangannya..








Sudah puas berfikir,masa untuk menjamu raja buah-si durian..
Cepat sikit buka tu afiq,azam dah tak sabar..



Melawat sahabat lama di cfs pj..pok nik jangan marah,nanti kena jual..!
Senyumlah sikit semua,serius je muka..




Amboi,cerianya nak makan chicken chop..!




Huh,encik munzir lagi mantop..sampai 3orang nak suap ni..sedap sangat ke..?






Nak ambil gambar lecturer ungs tapi yang lain pun masuk..layan jelah



Ini pula sebahagian assignment dalam kelas drawing.Subjek yg memerlukan sifat yg begitu teliti dan pandai berimaginasi.
Adakah aku tergolong dlm itu..?



Kelas terakhir drawing..
cameramen ambil gambar curi dari tepi..




Eh,ada gak yg sudi memandang ke tepi..
Thank you..



Setakat ini dahulu posting ini..Sekian..Wassalam

13 Jun 2009

Jom makan..


Kisah bermula begini...

Ahmad: Fadhli,dah siap ke.? Jom lunch di kafe mahallah faruq.

Fadhli: Sekejap ya,tengah bersiap ini. Perut pun dah ‘menyanyi’ sejak daripada dalam kelas tadi. Cuaca pulak panas, memang sedap kalau minum ABC.


Ahmad: Ok,apa tunggu lagi.Jomlah,kalau cakap sahaja perut takkan kenyang.!


Sambil makan tengahari perbualan mereka bersambung lagi.


Fadhli: Bila cakap soal makan ni, teringat pula tentang kuliah tafaqquh fid deen semalam yang membicarakan tajuk ‘Tarbiyyah Ruhiyyah dan kepentingannya.’Penceramah ada menyebut kita manusia memang amat prihatin bab makanan jasad sehingga terlupa yang jiwa dan hati kita juga perlu diisi dengan makanan.Bahkan sepatutnya kita menyeimbangkan keperluan antara makanan jasad dan rohani.


Ahmad: Ya,betul kata-kata tu.Ana merasakan tergolong juga dalam golongan yang hanya memikirkan soal makan-minum,sihat badan sehingga lupa yang hati ini juga perlu diisi dan sentiasa diubati. Boleh tak anta terangkan dengan lebih lanjut apa itu tarbiyyah ruhiyyah..?


Fadhli: Tarbiyyah ruhiyyah ini secara umumnya bolehlah kalau nak didefinasikan “suatu proses tarbiyyah membentuk ruh dan jiwa,melalui beberapa marhalah tertentu dan didasarkan kepada pembentukan hati yang sentiasa digilapkan dengan akidah,ruh yang sentiasa dididik dengan ibadah dan mempertingkatkan jiwa kepada setinggi-tinggi pencapaian kesempurnaan.”


Ahmad: Penting sangat ke tarbiyyah ruhiyyah ini..? Kan dah ada pelbagai tarbiyyah yang lain seperti jasadiyyah dan fikriyyah.


Fadhli: Semestinyalah ia amat penting.Cuba kita perhatikan dalam proses penciptaan manusia,Allah Maha Bijaksana telah menggabungkan 2 unsur iaitu; jasad dan ruh.Mana mungkin sesuatu jasad dapat berfungsi andai ia tiada ruh dan begitulah jua sebaliknya.Sebagai seorang insan ciptaan Ilahi kita semestinya menggunakan dan menjaga jasad dan ruh dengan sebaik mungkin.


Ahmad: Antara 2 tu yang mana lebih penting?


Fadhli: Ana berpandangan kedua-duanya penting dan perlunya kita mempraktikkan konsep At-tawazun iaitu bersederhana dan menyeimbangkannya untuk kesejahteraan hidup kita. Sepanjang hidup anta sudah berapa kali sakit?


Ahmad: Oh,dah banyak kali.Nak kira pun tak ingat.


Fadhli: Setiap kali kita diuji dengan kesakitan pasti kita akan berikhtiar mencari ubat supaya dapat sembuh kembali seperti sediakala.Sedar tak apabila setiap kali melakukan dosa maksiat,di hati kita akan bertambah titik hitam.Ia akan terus bertambah andai kita tak berusaha mencari ‘ubat’nya.Untuk mengubati hati yang sakit dan menyucikan hati yang kotor itu bukanlah dengan cara mendapatkan ubat di farmasi ataupun membeli sabun pencuci Breeze tetapi ubatnya ialah Tarbiyyah Ruhiyyah ini.


Ahmad: Ya,ana bersetuju bahawa tarbiyyah ruhiyyah ini penting. Tapi bagaimana pula untuk kita mencapai matlamat kerohanian itu?


Fadhli: Ada 1 jalan untuk kita mencapai matlamat tersebut iaitu Taqwa. Dan terdapat pula proses tertentu untuk mencapai maqam takwa tersebut. Ustaz tersebut ada menyebutkan 5M iaitu; Mua’hadah,Muhasabah, Mujahadah,Muradabah dan Mua’qabah.


Mua’hadah ini bersendirian seorang muslim dengan tuhannya dengan berjanji bahawa ia tidak akan memberi hak pengabdian melainkan hanya kepada Allah,tidak memohon pertolongan melainkan hanya kepada Allah dan tidak akan memenuhi kehidupannya melainkan hanya dengan manhaj tuhan yang lurus.Inilah makna ayat dalam surah Fatihah yang kita sebut di dalam setiap rakaat solat. Allah berfirman:

“Hanya kepadaMu kami menyembah dan kami memohon pertolongan” (Surah Al-Fatihah;5)


Ahmad: Teringat pula kata-kata Saidina Umar Al-Khattab r.a; ‘hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab’.


Muhasabah ini dapat mengingatkan kita adakah amal ibadah yang dibuat ikhlas dan hanya mengharap redha Ilahi atau pun perasaan riya’ telah memasuki amalan ketaatan tersebut.Jika ia berlaku,cepatlah kita beristighfar dan memohon ampun kepada Allah. Boleh anta terangkan dengan lebih detail apa itu mujahadah?


Fadhli: Mujahadah ialah usaha dengan sungguh-sungguh seorang muslim melawan hawa nafsunya ke arah memperelokkan ketaatan yang mendekatkan diri kepada Allah,berusaha menambah dan melipatgandakan ketaatan sehingga ia menjadi keutamaan di dalam hidupnya. Mujahadah adalah wasilah untuk sampai kepada hidayah, sementara hidayah dapat menyampaikan muslim kepada ketakwaan. Mujahadah juga perlu didasarkan kepada;

v Keimanan kepada Allah dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W

v Mendirikan semua kefarduan ibadah di dalam waktunya

v Mengisi diri dengan keperluan ibadah sunat


Antara rukun mujahadah ialah:

· U’zlah

· Mendiamkan diri daripada sesuatu yg tak bermanfaat

· Berjaga malam dan menghidupkannya

· Beristighfar 2 lagi M iaitu Muradabah bermaksud malu dengan sikap sendiri yang tidak taat kepada Allah.M yang terakhir ialah Mua’qabah pula menetapkan hukuman atau denda kepada diri sendiri jika tidak melaksanakan taklifat ibadah tertentu.


Ahmad: Kita sebagai daie yang memikul tugas pembawa risalah Islam dan agen perubah masyarakat mesti amat menitikberatkan persoalan hati yang boleh dijadikan bekalan di jalan dakwah, betul tak..?


Fadhli: Ya,betul tu.Pengislahan hati amat penting agar ia senantiasa bercahaya, bersinar dan sejahtera sekaligus melayakkan kita memikul amanah sebagai daie.Mana mungkin hati kita yang penuh dosa noda dapat menghidupkan hati orang lain. 1st stage (marhalah pertama) dalam pengembaraan rohani ialah perpindahan hati yang sakit kepada hati yang sejahtera. Diikuti marhalah seterusnya iaitu pengisan hati dengan bekalan harian pada setiap detik dan waktu agar hati tetap kekal terjaga dalam keimanan yang tinggi, sehingga ia bertemu Tuhannya.

Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal). (surah al-hijr:99)


Ahmad: Apakah amalan seharian yang patut kita buat untuk melaksanakan tarbiyyah ruhiyyah ini?


Fadhli: Antara 3 terasnya ialah solat fardhu dan sunat,wirid serta zikir dan pembacaan Al-Quran.Pengisian lain yang dapat mengislahkan hati dan menyuburkan ruhiyyah ialah:

§ Sentiasa bermuraqabah dengan Allah

§ Mengingati soal mati

§ Mengingati hari akhirat

§ Menghayati sirah perjalanan Rasulullah S.A.W

§ Bersahabat dengan golongan pemilik hati yang suci dan mengenal Allah

§ Menangis kerana Allah di waktu bersunyian diri


Ahmad: Kalau kita imbau kembali sirah nabi termasuklah para sahabat memang menjaga sebaik mungkin persoalan tarbiyyah ruhiyyah. Ana merasakan ia merupakan salah satu ‘resipi rahsia’ kejayaan mereka di medan dakwah dahulu.Begitulah jua yang tercatat dalam sejarah kegemilangan Islam; kisah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya yang ada disebut dalam hadis Nabi iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah berjaya menawan ibu kota empayar Byzantine- Kota Constantinople. Baginda yang telah diasuh sejak kecil dengan pelbagai bidang ilmu turut disuntik dengan asuhan kerohanian oleh gurunya.Begitulah jua yang baginda terapkan melalui kepimpinan terhadap tenteranya yang terpilih.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota! Sehingga turut dikisahkan ketika solat Jumaat kali pertama hendak didirikan di dalam Kota Constantinople yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.


Fadhli: Huh,rasa amat kerdil diri ini jika hendak dibandingkan dengan kehebatan para pejuang Islam terdahulu.Sebagai kesimpulannya,dalam proses pembentukan peribadi muslim sebenar seharusnya kita meletakkan tarbiyyah ruhiyyah adalah asas kepada dakwah kita.Ia merupakan salah satu cabang uslub dakwah yang mesti dilalui di dalam perjalanan madrasah dakwah kita.Mudah-mudahan akan lahir daripada madrasah ini generasi pembela yang hebat dan mantap dalam segenap aspek seperti kata pepatah arab yang mengibaratkan pendakwah seperti ;

“Singa di siang hari dan rahib di malam hari”

Demi terjaminnya era kegemilangan Islam terdahulu berulang kembali di era ini..InsyaAllah.

Ahmad: Ya,Insyaallah.

Fadhli: Eh,azan zohor pun dah berkumandang itu.Jomlah bersolat pula.

Ahmad: Ya.syukran jazilan atas perkongsian ilmu sebentar tadi.Moga lepas ini dapatlah berdiskusi tajuk lain pula.

Fadhli: Afwan..


Nota: 2 watak dalam kisah perbualan di atas hanyalah rekaan semata-mata. Artikel ini hanyalah diadaptasi daripada sebuah kertas kerja yang bertajuk “ Tarbiyyah Ruhiyyah dan kepentingannya dalam proses pembinaan dan perubahan ummah”. Maaf jika terdapat kesilapan.Sekian.Wassalam ...